Ads
Ads

Gulai Kawah Power, Rasa Kenduri, Masak Kat Rumah!

Daging empuk, kuah pekat berlemak – wajib cuba masak untuk majlis bersama kekuarga, potluck atau hidangan untuk tetamu di musim perayaan ni. Barulah kenduri!

GULAI KAWAH

BAHAN-BAHAN:
1kg Daging – dipotong kiub/hiris dan direbus
I biji bawang merah – dihiris
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar cili boh/cili kisar
100gram Rempah gulai kawah
2-3 biji ubi kentang – potong 4
1 cawan air untuk pecah minyak (masuk 3x)
1 kotak santan kecil
3 cawan air rebusan daging
1 ketul gula melaka
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
serbuk perasa
10 biji cili padi
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
7-10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan ikut turutan masak :
minyak
I biji bawang merah- hiris/ mayang
4 sekawan

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #resipirasa #laukkenduri #gulaikawah #ingatmakaningatrasa #resipimudah #resipiviral

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads
SeeNI ×