Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home FRENCH TOAST CINNAMON ROLL l Minit Ekspress

FRENCH TOAST CINNAMON ROLL l Minit Ekspress

Minit Ekspress

1. FRENCH TOAST CINNAMON ROLL

Bahan-bahan:

Beberapa Keping Roti Sandwich
Nutella / Sapuan Coklat Secukupnya
1 Biji Telur
1 Sudu Kecil Serbuk Kayu Manis
3 Sudu Besar Gula Pasir (untuk digaul dengan serbuk kulit kayu manis)
1 Sudu kecil Gula pasir (untuk dibancuh dalam susu)
50 ml Susu Segar/UHT
Butter Secukupnya

Cara Membuat:
1. Satukan telur, 1 sudu kecil gula pasir & susu. Pukul sedikit.
2. Di bekas lain, campurkan 3 sudu besar gula pasir bersama serbuk kulit kayu manis. Gaul Sebati
3. Canaikan kepingan roti, kemudian sapukan nutella dan gulungkan. Lekatkan hujungnya menggunakan air.
4. Celupkan gulungan roti ke dalam bancuhan telur.
5. Cairkan sedikit mentega di dalam pan & gorengkan roti yang sudah dicelup tadi.
6. Sedia dinikmati.

2. RAINBOW CHEESE TOAST

Bahan-bahan:

Beberapa Keping Roti Sandwich
Keju Mozarella parut
Sedikit pewarna merah, biru, kuning (iku citarasa)
Butter Secukupnya

Cara Membuat:
1. Bahagikan keju mozzarella kepada 3 bahagian, warnakan setiap satu dengan warna berbeza ikut citarasa.
2. Ambil sekeping roti yang sudah disapu dengan sedikit butter kemudian letakkan keju mengikut susunan warna (rujuk video).
3. Letakkan sekeping lagi roti diatas lapisan keju & roti tadi. Kemudian sapukan butter diatas roti.
4. Masak tanpa minyak diatas pan dengan api perlahan sehingga roti keperangan sedikit & keju sudah cair.
5. Sedia dinikmati.

3. KOREAN STRAWBERRY MILK

Bahan-bahan:

15 Biji Strawberry (saiz Besar)
1 Cawan Gula Pasir
Susu Segar/UHT Secukupnya
Ais Kiub Secukupnya

Cara Membuat:
1. Basuh strawberry, hiris nipis.
2. Masukkan strawberry & gula pasir kedalam periuk atau kuali. Masak dengan api sederhana. Tak perlu tambah air, strawberry akan mencair sendiri. Kacau sentiasa.
3. Bila strawberry sudah mencair dan memekat seperti jem, tutup api dan sejukkan jem sebentar.
4. Masukkan jem kedalam gelas, sapu sedikit jem ke sisi gelas. (Rujuk video)
5. Masukkan ais kuib dan susu, kacau sedikit dan sedia dinikmati.



Video Berkaitan