Festival Budaya Malaysia x Layan Curry Fiesta Highlights
5 hari di Taman Tasik Titiwangsa dipenuhi dengan warna, bunyi dan rasa. Festival Budaya Malaysia × Layan Curry Fiesta bukan sekadar sebuah acara, tapi satu pengalaman di mana warisan, makanan, seni dan komuniti bertemu dalam satu ruang.
Dari aroma kari yang membangkitkan selera, hinggalah ke persembahan budaya yang memukau, setiap detik terasa seperti perjalanan merentasi negeri dan etnik di Malaysia. Ia adalah refleksi siapa kita iaitu sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan mampu menyatukan semua melalui budaya.
Video ni hanyalah cebisan kecil dari ribuan detik tapi cukup untuk buat kita rasa hangatnya meriah, indahnya budaya, dan manisnya bila semua bangsa duduk bersama. Inilah Malaysia, penuh warna dan cerita.