Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

Daging Kerutuk merupakan salah satu menu kegemaran ramai. Kalau anda nak belajar cara masak Dagin Kerutuk resipi Kelantan yang sedap, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Norkartini Ibrahim, pengusaha Restoran Lawar Village. Selamat mencuba!

DAGING KERUTUK (Hidangan untuk 3-5 orang)

BAHAN-BAHAN
5 batang serai *
1 inci halia *
½ inci lengkuas*
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
15 biji cili kering
4 sekawan (kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
300g rempah kerutuk
200ml santan kotak/segar
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perasa

CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan yang bertanda * sehingga kekuningan. Toskan minyak dan kisar semua bahan tadi bersama cili kering.
2. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama dengan 4 sekawan sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak dan warna kemerahan.
4. Masukkan daging dan air (300ml), masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan santan kotak/santan segar (200ml).
6. Masukkan garam, gula dan secukup rasa.
7. Kacau dengan api perlahan, masak dan sedia dihidangkan.



Video Berkaitan