Chettinad Ghee Chicken, Hidangan Yang Enak Dengan Aroma Rempah Yang Memikat
Wangi satu rumah bila masak Chettinad Ghee Chicken ni. Memang padu resipi ni. Pedas dan wangi! Sesuai makan dengan nasi putih panas-panas.
CHETTINAD GHEE CHICKEN
BAHAN PERAP:
½ ekor ayam | anggaran 600gm-700gm
4 sudu makan yogurt
½ biji jus limau nipis
½ sudu makan garam
3 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak sapi
6 tangkai cili kering
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan biji ketumbar
½ sudu makan lada hitam
½ sudu makan jintan manis
¼ sudu makan halba
¼ sudu makan jintan putih
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak sapi
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 sudu makan serbuk cili
2-3 sudu teh vellam (gula perang)
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun ketumbar
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #chettinadgheechicken #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa