Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home CULLAH CANAH : Bubur Merah Putih & Nasi Lemak

CULLAH CANAH : Bubur Merah Putih & Nasi Lemak

❤Bubur Merah Putih❤ 🧡Nasi Lemak Telur Mata

#SajianMisterixRasa

Kita try cakap laju2 mcm sifu @ashhryyyyy
🙈🤭
.
❤Resepi Bubur Merah Putih❤
.
Bahan-bahannya:
.
🟢2 cawan beras Saji
🟢2 ketul gula merah
🟢1 tin susu cair Saji
🟢Santan Saji (200ml)
🟢Daun pandan
🟢Setengah sudu teh Garam Saji
🟢1 sudu makan gula Saji (ikut citarasa kalau nak manis)
.
Cara-caranya:
.
🔸️Basuh beras bersih-bersih dan rendam sebentar.
🔸️Cairkan gula merah dengan semangkuk air sehingga tiada ketulan.
🔸️Tanak beras tadi sampai masak dan menggelegak.
🔸️Masukkan susu cair saji.
🔸️Seterusnya, masukkan Santan saji.
🔸️Masukkan Daun pandan.
🔸️Jangan lupa masukkan garam Saji.
🔸️Bila dah menggelegak dan sebati, kita cedok sikit asingkan bahagian bubur putih.
🔸️Lepas tu tuang semua air gula merah yg dicairkan tadi.
🔸️Masak dan kacau sehingga sebati dan bila dah menggelegak, ok siap dah.
.
.
🧡Resepi Nasi Lemak Telur Mata🧡
.
Bahan-bahannya:
.
…(Nasi Lemak)
🟢2 cawan beras Saji
🟢Santan Saji (200ml)
🟢Halia 2 inci dihiris
🟢Daun pandan
🟢1 sudu teh garam Saji
.
…(Lauk & Sambal)
🟢Minyak Saji secukup rasa
🟢Telur sebiji
🟢Segenggam ikan bilis yg siap dibasuh bersih
🟢3 sudu besar cili kisar (bawang merah dikisar bersama)
🟢1 sudu besar bawang putih kisar
🟢Sebiji bawang besar dihiris
🟢1 sudu besar gula merah halus
🟢Ujung sudu pes asam jawa
🟢Kicap Masin Saji secukup rasa
🟢Setengah sudu teh garam Saji

.
Cara-caranya:
.
…(Nasi Lemak)
🔸️Basuh beras bersih-bersih dan sukat air macam biasa.
🔸️Masukkan santan saji.
🔸️Seterusnya, masukkan halia, daun pandan dan satu sudu teh garam saji.
🔸️Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
.
…(Lauk)
.
🔹️Tuangkan minyak saji secukup rasa.
🔹️Kita goreng sebijik telur untuk dijadikan lauk.
🔹️Goreng segenggam ikan bilis yg da siap basuh sampai garing.
.
…(Sambal)
🔹️Tuang minyak Saji secukup rasa
🔹️Masukkan 3 sudu besar cili kisar, satu sudu besar bawang putih kisar dan sebiji bawang merah dihiris.
🔹️Goreng sehingga pecah minyak dan cili masak.
🔹️Seterusnya masukkan satu sudu besar gula merah , ujung sudu asam jawa, kicap Saji secukup rasa dan akhir sekali separuh sudu teh garam Saji.
🔹️Tunggu dia sebati dan siap da.
#SajianMisterixRasa #sajianmisteriRASA
@sajimalaysiaofficial @majalahrasa



Video Berkaitan