Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

Istimewa buat para penggemar brownies, hari ini kami bawakan resipi Biscoff Brownies yang boleh anda cuba. Resipi ini dikongsi oleh Delaila Muliyadi, founder Kek Deardelaila. Nampak sungguh menyelerakan! Anda wajib cuba nanti.

BAHAN-BAHAN:
264g dark chocolate
99g butter
72g gula perang
98g gula kastor
73g tepung serbaguna (all purpose flour)
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
13g serbuk koko
100g biskut biscoff
50g biscoff spread

CARA MEMASAK:
1) Double boil dark chocolate dan butter hingga cair kemudian ketepikan.
2)Campurkan gula perang, gula kastor dan telur. Gaul hingga gula larut.
3) Campurkan adunan gula dan coklat dan gaul sebati.
4) Masukkan tepung dan serbuk koko yang sudah diayak dan gaul hingga sebati.
5) Masukkan biskut biscoff ke dalam adunan dan gaul sebati.
6) Kemudian, letakkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8” petak .
7) Letakkan biscoff spread di atas bater brownies.
8) Bakar selama 150*c selama 45 minit.



Video Berkaitan