Bihun Goreng Tomyam Simple Tapi Rasa Luar Biasa
Sekali suap, terus rasa masam dan pedas yang menyelerakan. Kalau rindu Buhun Goreng yang ibu masak, boleh cuba resipi ni. Tak payah pergi kedai Thai dah, buat sendiri kat rumah pun dah boleh jadi level restoran. Makan panas-panas confirm tambah berpinggan-pinggan dibuatnya.
BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
1 bungkus bihun | direndam hingga lembut & toskan
200gm isi ayam
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
2 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serai kisar
1 cawan kubis | dihiris
½ batang lobak merah | dihiris halus
1 ikat sawi | dipotong
3 helai daun limau purut | dikoyak
Bahan Perasa:
3 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukupnya
Sedikit gula | imbangkan rasa
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #bihungorengtomyam #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
