Bau Jintan Je Dah Buka Selera! Gulai Kuning Ketam Ni Memang Lain Macam Sedap
Ketam kalau masak Gulai Kuning Jintan macam ni, memang padu! Rasa manis ketam berpadu dengan kuah kuning yang lemak dan berempah, ditambah pula aroma jintan yang cukup membangkitkan selera. Kuahnya tu kalau dah kena nasi putih panas, memang susah nak berhenti makan. Kalau tengah cari idea lauk istimewa untuk keluarga, resipi ni memang wajib cuba.
GULAI KUNING JINTAN KETAM
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam
4 biji bawang merah
1 sudu teh cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis – gemuk
1/2 sudu teh jintan putih
1 inci kunyit segar
1 kotak kecil santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #gulaikuningjintanketam #ResipiTradisional #MakananMalaysia
