Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ayam Tandoori

Ayam Tandoori

Cara buat Ayam Tandoori homemade yang paling mudah dan tak guna banyak bahan. Rasanya sama macam yang kita makan di restoran tu. Sesuai sangat makan dengan nasi. Kalau ada Roti Nan lagi ngam. Selamat mencuba!

AYAM TANDOORI

BAHAN A:

  • 4 keping paha ayam (whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN B:

  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh BESTARI Stok Ayam
  • 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon

BAHAN C:

  • 6 sudu teh yogurt asli (pekat)
  • 5 ulas bawang putih – dikisar lumat.
  • 3cm halia – dikisar lumat.
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh BESTARI Serbuk Perencah Lada Hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh pewarna merah

Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!

#RasaSeBestBestari #majalahrasa #rasashare #ayamtandoori #resipi #recipe



Video Berkaitan