Ayam Pedas Ala Kelantan, Manis Berlemak & Pedas Menyengat
Pedas dia bukan biasa-biasa. Manis lemak gula nise tu yang buat jatuh cinta. Ayam Pedas Ala Kelantan ni makan dengan nasi panas… memang tak cukup sepinggan.
AYAM PEDAS ALA KELANTAN
Bahan-bahan:
3 sudu besar pes bawang merah
1 sudu besar pes bawang putih
½ sudu besar pes halia
4 sudu besar pes cili kering
½ ekor ayam | dilumur 1 sudu besar pes kunyit & garam, goreng separuh masak
1 sudu besar gula nise
1 sudu kecil pes asam jawa
½ cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 ½ sudu besar kicap manis
Garam
Serbuk perasa
½ biji bawang holland
1 biji tomato
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #ayampedasalakelantan #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
