Ayam Palekko Pedas Berapi, Sekali Makan Terus Bertambah Nasi
Ads
Hidangan tradisi Bugis ni memang senang je nak buat. Tak susah dan enak dimakan bersama nasi panas. Gerenti licin sepinggan!
AYAM PALEKKO
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 inci halia
8 biji cili padi hijau
8 biji cili padi merah
Sedikit air
1 sudu besar minyak masak | untuk dikisar
½ ekor ayam
1 sudu besar pes asam jawa + 2 sudu besar air | dibancuh
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #ayampalekko #minitekspress #resipi #ingatmakaningatrasa
