Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ayam Liku | Gerenti Jadi EP 21

Ayam Liku | Gerenti Jadi EP 21

Ayam Liku atau ayam masak lengkuas juga dikenali sebagai Nasu Likku merupakan sajian unik dari suku kaum Bugis . Sedap kalau makan dengan nasi, burasak atau nasi himpit.

 

Ayam Liku

 

Bahan-Bahan:

400ml santan

200grams lengkuas muda – parut

3 batang serai muda – ambil isinya & parut

500grams ayam – potong kecil

2 sudu makan kerisek

1 sudu teh lada putih

Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan-bahan B (ditumbuk atau dikisar)

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 biji buah keras

1 inci kunyit hidup

 

Cara-cara:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan bahan B yang telah ditumbuk atau dikisar ke dalam santan, dituruti dengan lengkuas dan serai muda yang telah diparut.
  3. Didihkan sedikit sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan renehkan dengan api yang kecil sehingga ayam empuk.
  5. Setelah kuah pekat dan hampir sejat, masukkan kerisik, lada sulah, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  6. Sesuaikan rasanya dan didihkan beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati dan agak kering.
  7. Hidangkan bersama nasi atau burasak atau nasi himpit. Selamat mencuba!

#GerentiJadi

#Rasa



Video Berkaitan