Ayam Kurma Gajus, Kuah Pekat Berkrim. Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta
Ayam Kurma Gajus ni lain sikit. Kuah pekat berkrim, lemak berempah dan ada rasa ‘nutty’ dari gajus kisar. Makan dengan nasi panas, memang auto bertambah.
AYAM KURMA GAJUS
Bahan-bahan:
½ ekor ayam | lumur dengan kunyit dan garam, goreng separuh masak
3 helai daun bay
Rempah 3 sekawan | 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga
1 biji bawang merah | dihiris
1 sudu kecil jintan manis
5 biji cili hijau besar | belah dua @ potong kasar
1 ½ sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil rempah garam masala
1 sudu besar serbuk cili
150ml santan
½ cawan air
3 sudu besar yogurt
Garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk perasa
Bawang goreng secukupnya
Daun ketumbar
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
60-70gm gajus | direndam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #ayamkurmagajus #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
