Ayam Cili Masala, Pekat & Padu Macam Di Restoran
Pedas, pekat dan harum daun kari, itulah Ayam Cili Masala yang confirm buat nasi bertambah! Rahsianya? Masak bahan kisar sampai pecah minyak, baru rasa rempah dia padu dan warna pun naik cantik berkilat. Makan dengan nasi panas atau roti naan pun ngam!
AYAM CILI MASALA
Bahan-bahan:
1 ekor ayam | digaul bersama garam dan serbuk kunyit
2 biji bawang besar | 1 biji dikisar, 1 biji dihiris
4 ulas bawang putih | dikisar
½ inci halia | dikisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh garam masala
3 biji cili besar hijau
2 biji tomato | dipotong dadu
Daun kari
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #ayamcilimasala #miniteskpress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa