Asam Rebus Ikan Siakap Paling Padu! Kuah Masam Pedas Buat Nasi Bertambah-Tambah

Ads

Bulan puasa macam ni, kita biasanya suka makan lauk berkuah yang pedas dan masam. Macam menu Asam Rebus ni. Hirup kuahnya yang masam dan pedas menyengat, terus rasa segar sampai ke tekak! Ikan siakap pula lembut dan manis isinya, memang ngam bila bersatu dengan kuah asam rebus ni. Jom masak lauk ni untuk berbuka nanti. Pasti berselara makan!

ASAM REBUS IKAN SIAKAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
800ml air
3 batang serai
3 keping asam gelugur
Bendi
1 biji tomato
1 ikat daun kesum
2 sudu teh garam
1 sudu teh perasa

BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah besar
1 biji tomato
2 inci belacan
1 inci kunyit
10-15 biji cili padi – lagi pedas lagi sedap
Sedikit air.

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #asamrebusikansiakap #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads