Berita

Transformasi360 Kembali September Ini, Beri Peluang Kedua Untuk Ubah Kehidupan

Share

Masih ramai rakyat Malaysia yang berhadapan dengan tekanan hidup yang semakin meruncing, peningkatan kos sara hidup, kekeliruan arah tuju kerjaya sehinggalah hubungan yang semakin renggang. Namun, satu peluang baharu dibuka semula bagi mereka yang benar-benar mahu mengubah kehidupan.

Program pembangunan diri intensif anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy) iaitu Transformasi360 bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September 2025 setelah mendapat sambutan yang luar biasa pada pengajuran kali pertama pada Mei lalu.

Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melihat permintaan tinggi yang diterima, penganjur menyasarkan penyertaan kali ini akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda

, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta untuk sesi September ini.

“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.

Kenali Kekuatan & Kelemahan Diri

“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Yang turun hadir, Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow dan Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman dan Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd.

Terdahulu, hampir 300 usahawan bimbingan beliau yang mengikuti program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) diberikan peluang hadir ke ibu pejabat Astro bagi melihat dan alami sendiri ekosistem stesen penyiaran terbesar di negara yang boleh membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran syarikat masing-masing.

Tambah Azizan, peserta Transformasi360 juga didedahkan kepada cara memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta mendalami tujuan hidup sebenar agar mereka dapat membina kejayaan yang lebih seimbang antara dunia dan akhirat.

Astro Sebagai Rakan Media Strategik

“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara — agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas.

“Dengan elemen teknologi AI interaktif, peserta dibantu mengenal gaya tindakan dan emosi mereka, seterusnya mampu membuat perubahan yang lebih terarah dan kekal,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman membimbing lebih 2 juta peserta dan ribuan usahawan selama lebih dua dekad.

“Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini,” tegasnya.

Orang ramai yang berminat boleh layari www.transformasi360.com dengan tempat adalah terhad dan hanya dibuka kepada mereka yang bersedia untuk mengalami perubahan sebenar dalam hidup.

Published by
Naqiyatul Uzma