
Tip POKOK KARI Daun Cantik Menghijau, Lebat Subur Merimbun Kena CANTAS Selalu! Pokok kari antara salah satu tanaman penambah aroma dalam masakan. Sangat sesuai ditanam di laman rumah untuk kegunaan harian.
Namun jika pokok kari lambat membesar dan tak berapa subur, perkongsian daripada Nazira Hamat ini boleh dijadikan panduan bagi yang ada tanam pokok kari di rumah. Barulah hasilnya pokok kari daun cantik menghijau dan lebat subur merimbun!
Pokok kari ni dulu saya tanam dari anak pokok pemberian pakcik saya, tanam ke tanah elok meninggi & merimbun. Sayang sangat sebab dia sentiasa rimbun sampi ke luar pagar, sampai peniaga nasi kukus selalu singgah beli daun kari ni.
Alhamdulillah di rezeki kan dari akar pokok asal tumbuh banyak pokok baru, tak perlu dah tanam yang baru, lasak sangat dia ni tak pernah bersiram & berbaja, kadang yang kita biar ni elok merimbun, yang duk belai tu la banyak songeh kan
Tip: Pokok Kari kena selalu cantas kalau nak daun cantik, bila tengok daun start rosak terus pangkas, nanti dia tumbuh daun baru yang cantik-cantik.
RASA: Seronok tangok pokok kari ni subur merimbun, daun sihat dan lebar. Boleh cuba ikut tip yang dikongsikan ini, kena cantas selalu pokok kari.
Sumber: Nazira Hamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: