Tip Mudah Elak Tong Sampah Berbau & Berair, Alas Dengan Sarang Telur Saja

Share

Tong sampah tak penuh lagi tapi dah bau busuk. Ataupun ketika angkat sampah untuk dibuang menitis pula air yang busuk pada lantai. Sudahnya kita kena mop lantai dan bersihkan tong sampah yang berair dan berbau ini.

Untuk elak masalah ini dari berlaku boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Nur Husna Shaikhun. Caranya mudah sangat cuma guna sarang telur saja. Daripada kita buang sarang telur, boleh gunakan begini ya.

Guna sarang telur untuk elak tong sampah berbau dan berair

  1. Ambil sarang telur terpakai kemudian potong ikut saiz tong sampah.

2.Masukkan plastik sampah dan lapik sarang telur yang dipotong tadi di dasar tong sampah.

3. Sarang telur ini berfungsi untuk menyerap air sampah supaya tak menitis dan juga untuk menyerap bau busuk.

Selamat mencuba.

Sumber: Nur Husna Shaikhun

IKLAN