Tip Goreng Bihun Supaya Tidak Hancur & Rasa Pun Lebih Sedap, Ada Dua Cara Boleh Buat

Share

Selalu yang menjadi masalah ketika menggoreng bihun ialah bihun jadi hancur dan lembik semasa bihun digoreng. Memang ramai yang gagal bila bab menggoreng bihun.

Sebenarnya ada cara yang boleh dipraktikkan agar bihun tidak lembik dan hancur semasa dimasak.Mari kita cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini.

Biasanya bihun yang hancur itu silapnya sebelum goreng kita rendam dahulu bihun itu dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam. Cara ini salah. Nak pakai air panas boleh tapi pastikan bila bihun sudah lembut, toskan. Jangan biarkan lama bihun itu terendam. Itu yang bihun jadi hancur.

Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun jadi ‘cantik’ ketika menggoreng ialah ia bergantung pada ‘brand’ bihun yan kita beli. Boleh cuba ‘brand’ jenama yang menggunakan beras siam.

ADA DUA CARA UNTUK MEMASAK BIHUN SUPAYA TIDAK HANCUR:

1. Rendam dahulu: bihun direndam dulu semalaman dengan air tapis untuk dimasak pada waktu pagi. Apabila bihun yang direndam sudah lembut barulah mula menggoreng.

2. Cara ekspres tanpa rendam – tidak perlu rendam hingga lembut.

Caranya begini:

*Siapkan bahan tumisan dahulu. Tumis bawang, cili sampai pecah minyak dan cantik kemudian masukkan lauk, perasakan dengan gula dan garam.

*Kemudian tambah air panas dalam pes yang kita tumis. Biar menggelegak barulah masukkan bihun yang keras. Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun basuh dahulu. Jika tidak, bihun akan berbau beras apabila siap dimasak.

*Kacau sampai bihun yang keras jadi lembut dan cantik baru masukkan sayur akhir sekali. Goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.

Dengan menggunakan kaedah ini bihun jadi lebih sedap sebab waktu menggoreng, bihun yang keras akan serap air tumisan untuk jadi lembut. Jadi bihun ini bila dimakan kita akan terasa rencahnya. Lagi terangkat sedapnya.

Sumber kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN