Tip Dapur Bersih Berkilat, Tabur Bahan Ini & Tuang Cuka

Share

Biasanya dapur di rumah jarang bersih berkilat begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.

Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini mesti ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan. Ini cara yang beliau kongsi.

Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru

Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini caranya;

1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.

2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.

3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur (boleh lihat gambar di atas)

4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.

5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.

Selamat mencuba.

Sumber: Dapur Pak San

 

IKLAN