Teknik Tanam Pokok Limau Kasturi, Hanya Cucuk Ranting Dalam Tanah

Share

Limau kasturi memang banyak kegunaannya. Daripada beli di kedai, lebih baik tanam sendiri di rumah. Cara nak tanam pun mudah sahaja, dengan hanya menggunakan keratan batang dan boleh ditanam di dalam pasu sahaja. Boleh dicuba teknik yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini.

TEKNIK SEMAI KERATAN BATANG

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, sudah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut atau muda dan tidak terlalu tua.

2. Potong dan buang pucuk, daun atau duri dan sisakan 2 hingga 3 helai daun sahaja. Potong separuh daun-daun tersebut.

3. Cucuk ke tanah yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat, sekam bakar dan tanah hitam. Padatkan tanah di sekeliling keratan supaya tidak bergoyang. Boleh juga guna penggalak akar supaya lagi cepat berakar nanti.

4. Sungkup menggunakan plastik dan bahan seumpamanya. Saya guna cawan plastik atas bawah. Letak di tempat yang teduh sehingga keluar tunas baru dan akar. Siram air sedikit-sedikit jika tanah nampak kering. Sewaktu siram, kena buka sungkup kemudian tutup balik.

5. Pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar bila anak pokok dah stabil. Ini adalah anak pokok berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan.

Boleh juga guna teknik ini untuk jenis-jenis limau yang lain. Selain itu, pokok jambu air juga boleh menggunakan kaedah ini.

Selamat mencuba.

 

Kredit: Pyan Sempoy

 

Nak beli JUICER? Boleh cari DISINI. Banyak pilihan untuk anda.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN