Kuih talam keladi ada dua versi, Satu talam dua lapis yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yang juga terkenal di kalangan Cina. Talam keladi berlauk dikenali juga sebagai Woo Tau Goo atau Taro Cake yang bermaksud kek keladi.
Talam keladi berlauk ada tambahan udang kering, minyak bijan dan juga kacang tumbuk yang membuatkan talam ini sungguh istimewa. Ada macam-macam versi kuih talam berlauk ni, ada juga yang meletakkan kicap dan menambahkanan daging cincang atau ayam cincang di samping udang kering.
Resipi talam keladi berlauk ala Cina ni adalah olahan semula oleh Fatimah Jasmin dalam lamannya patsykitchen.blogspot.com dari resipi asal hanieliza.blogspot.com
Ikut citarasa masing-masing, cubalah….
1. TALAM KELADI BERLAUK (Ala Cina)
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan A:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan | 1 biji kelapa
1sudu kecil garam
Bahan B
2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah cincang
1 pokok daun bawang]
1 pokok daun sup | diracik
2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]:
3 tangkai cili merah | dicincang
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang | diracik
2 sudu makan kacang tumbuk | digoreng tanpa minyak sebelum tumbuk
2 sudu makan udang kering |goreng garing dan dikisar halus (jika suka ala Cina)
Beberapa titik minyak bijan | jika suka ala Cina
CARA MEMASAK : 1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci. 2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk. 3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata. 4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan. 5. Kukuskan adunan selama 30 minit. 6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam. 7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan. 8. Hidangkan.
Info : Udang kering direndam dahulu sebelum digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2. TALAM KELADI MELAYU
Sumber resipi : Chef Asma
Foto : norazlitaaziz.blogspot.com
Resipi dari dapur yatie , sumber asal Chef Asma.
BAHAN-BAHAN : Bahan Lapisan Bawah :
220 gm tepung beras @ 2 cawan
40 gm tepung ubi @ 3 sudu besar
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
250 gm keladi |* lebih sikit pun tak apa – buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit. kukus baru timbang
CARA MEMASAK : 1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi 2.Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi 3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10″ x 3″ 4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum @ 1 ½ cawan
250 gm gula halus
3-5 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Beberapa titik pewarna ungu
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk 2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah 3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali) Info tambahan :
Kat bawah ni cara bagaimana Norazlita Aziz seperti yang dikongsikan dari lamannya norazlita.blogspot.com mewarnakan keladi.
Ads
Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata-rata kemudian ayak.
Semburkan dengan air dan kemudian ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hingga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.
Selepas keladi empuk toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam.
ANDA INGIN MENCARI PENGUKUS ELEKTRIK ATAU PUN YANG DIKUKUS ATAS DAPUR UNTUK MASAK TALAM, JOM LAYARINYA DI SINI.
Umpphh sedapnya kalau dapat nikmati lauk kegemaran tengahari ni. Tekak mengidam makanan laut setelah dah puas makan daging korban. Muak pula rasanya. Nah min cadangkan masakan yang boleh korang kecur liur. Paduan rasa masam,manis dan pedas cili api sungguh membuka selera. Pasti bertambah anda makan nanti.
Udang Masak Lemak Cili Padi + Nenas
Bahan-bahan: Cili padi Bawang merah Bawang putih Serai
Sikit kunyit serbuk
Garam
Santan
Nenas sikit
Cara memasak:
1.Tumbuk cili, bawang merah n putih..
2.Serai dititik saje.
3.Tumis bhn tumbuk sampai pecah minyak..
4.Masuk serai. Masuk santan, udang, nenas, serbuk kunyit dan garam. Kacau.
Daging dendeng sering dianggap sebagai hidangan yang sukar disediakan. Gelap, berminyak, dengan rasa manis pedas, ia sering menjadi hidangan tumpuan bila dihidangi sempena Hari Raya, majlis perkahwinan atau untuk makanan harian.Malah hidangan ini menjadi hidangan santapan turun temurun keluarga di raja perak.
Berasal dari Indonesia, daging dendeng juga merupakan hidangan Malaysia yang unik. Di Indonesia, dendeng biasanya merujuk kepada daging kering yang dipotong nipis. Manakala di Malaysia pula, ia membangkitkan imej sebuah hidangan yang berlemak, hitam,dengan daging kering yang kenyal dikunyah.
BAHAN2
Bahan utama
Daging batang pinang (ikut pada kesesuaian jumlah yg perlu bahan tumbuk kasar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam cili kering
Air asam jawa
Kicap manis
Kicap masin
Minyak untuk menggoreng daging
Bahan perasa (gula,garam)
Cara memasak:
1.Daging direbus selama 30 minit
2.Selepas itu daging yg siap di rebus di hiris nipis dan seterusnya di tumbuk bgi nipis
3.Daging di perap bersama kicap manis dan kicap masin.anggaran agak2 sekata manis dan masinya.
4.Perap selama 15 minit
5.Panaskan minyak dan goreng daging tadi. Setelah garing angkat dan ketepikan dahulu
6.Dalam minyak yg sama tumis semua bahan tumbuk kecuali cili kering. Agak semua bawang dah garing baru masukkan cili kering
7.Masukkan air rebusan daging (agak2 kalau kering masukkan lagi air rebusan)
8.masukkan air asam jawa
9.Sesuaikan rasa dgn gula dan garam
10.agak kuah dah pekat masukkan daging goreng
11.kacau hingga semua kuah terpalit ke semua daging
12.kacau hingga garing dan pecah minyak
13.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
selamat mencuba!
tip
bahan2 tumis hendaklah di tumbuk kasar.kalau di tumbuk halus nanti tak menjadi rendang ni❤
RASA tampilkan 3 resipi menarik yang dikongsikan dari instagram My Kitchen Diary. Mempunyai follower seramai 10,500 di instagram, nyata hobi memasak ibu anak lima ini berjaya mencuit hati pembaca. Selain berkongsi resipi, beliau turut berkongsi tip memasak secara mudah dengan turut boleh dimakan seisi keluarga termasuk anak-anak.
AYAM POPCORN
BAHAN-BAHAN
500 gram isi ayam (dipotong kecil)
1 peket serbuk nasi goreng ayam
2 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk cili
Minyak masak untk menggoreng
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
2 cawan nestum (dihancurkan)
CARA MEMBUAT
1. Perap isi ayam serbuk nasi goreng ayam selama 30 minit.
2. Tepung jagung digaul dengan serbuk lada putih dan serbuk cili.
3. Panaskan minyak masak. Masukkan juga mentega. Biarkan mentega cair.
4. Celup ayam ke dalam telur ayam, tepung dan telur sekali lagi.
5. Akhir sekali baru gaulkan ke dalam nestum dan goreng sehingga masak.
DAGING PANGGANG BERSOS CENDAWAN
BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging batang pinang (dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
Garam halus
Minyak masak untuk menumis
1 tin cendawan dalam tin (dihiris)
1 biji capsicum
BAHAN SOS
3 sudu besar sos seafood
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Kicap lemak manis secukupnya
Kicap lemak masin secukupnya
BAHAN HIRIS
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia
CARA MEMBUAT
1. Daging dilumur dengan lada hitam dan garam. Perap sekejap.
2. Panggang daging sehingga masak. Ketepikan.
3. Satukan Bahan Sos dalam satu mangkuk dan gaul rata.
4. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan Hiris sehingga naik bau.
5. Masukkan bahan sos dengan sedikit air. Kacau rata.
6. Masukkan cendawan. Kacau lagi.
7. Masukkan pula capsicum dan kacau lagi.
8. Masukkan daging dan kacau lagi. Siap, sedia dihidang.
TENGGIRI PANGGANG MENTEGA
BAHAN-BAHAN
4 keping ikan tenggiri
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perahan jus lemon
40 gram mentega
1 sudu teh madu
1 sudu teh gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
10 biji cili api
5 biji cili merah
CARA MEMBUAT
1. Ikan tenggiri dibersihkan dan diperap selama 15 minit dengan garam dan jus lemon. Ketepikan.
2. Masukkan Bahan Kisar ke dalam mangkuk.
3. Masukkan mentega, madu, gula merah, garam dan lada hitam ke dalam Bahan Kisar. Gaul rata.
4. Sapukan pes ini ke atas ikan tenggiri dan bakar sehingga masak.
5. Perah sedikit lemon ke atas ikan tenggiri ketika menghidang.