Akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat chanel YouTube Sugu Pavithra telah tiba. Chanel itu kembali memuat naik video pertamanya iaitu Dalca Tulang Kambing. Pavithra masih lagi dengan penampilannya seperti mana biasa. Tetap tersenyum dan ceria dengan suaranya yang lemah lembut. Personaliti itulah yang menarik hati orang ramai.

Rata-rata di ruangan komen, orang ramai tidak bercakap soal menu yang dimasak. Sebaliknya mereka memberi sokongan supaya pasangan suami isteri ini melupakan segala hal negatif yang terpalit atas rumahtangga mereka. Nampaknya pasangan YouTuber ini tetap disayangi walau apa juga yang berlaku.

Sugu Pavithra Tampil Dengan Video Baru, Tiada Scene Makan Bersama Keluarga

Dengan suasana Hari Raya Aidiladha yang semakin hampir, resipi ini bolehlah dicuba. Dalca tulang kambing ini nampak sedap dan cara membuatnya pun tak susah. Kata Pavithra, bila ditumis, semuanya akan naik bau dan wangi satu rumah.

Namun, bezanya video terbaharu ini dengan yang lama adalah tiad alagi scene makan bersama keluarga di akhir video. Jika dulu, selepas masak, mereka akan makan seisi keluarga iaitu suami dan anak-anak. Tapi kini hanya hidangan yang telah siap dimasak sahaja yang ditampilkan. Mungkin ini kelainan yang ingin ditonjolkan.

IKLAN

Apa-apapun, majalah RASA mengucapkan selamat kembali membuat video yang diminati ramai. Tahniah Sugu Pavithra. Baru 14 jam dimuat naik, ketika artikel ini ini ditulis sudah mencecah 168,396 views!

DALCA TULANG KAMBING

Sugu Pavithra Tampil Dengan Video Baru, Tiada Scene Makan Bersama Keluarga

BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak: sedikit
1 sudu besar minyak sapi
2 keping kayu manis
2 butir bunga lawang
2 butir buah pelaga
2 bunga cengkih
1 labu bawang merah
Sedikit daun kari
3 cm halia (tumbuk halus)
6 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 biji tomato
1 kg tulang kambing
3 sudu serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili kering
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu nesar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kurma
1 cawan dhal malawi
1 cawan dhal merah
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 lobak merah
1 biji terung
Sedikit daun ketumbar

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Kemudian masukkan minyak sapi. Masukkan rempah empat sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan bawang merah. Tumis sampai naik wangi. Masukkan daun kari, halia dan bawang putih.
2. Masukkan tomato. Tumis tomato sampai lembut.
3. Masukkan tulang kambing. Kacau sebati. Masak selama lima minit.
4. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili kering, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk kurma. Kacau rata.
5. Masukkan dhal malawi dan dhal merah. Tambah air. Kacau kuahnya. Tunggu lebih kurang 20 minit atau sehingga lembut.
6. Masukkan garam. Masukkan lobak merah. Tunggu lagi sampai lembut.
7. Masukkan terung dan daun ketumbar. Tunggu terung masak. Biarkan mendidih.
8. Tutupkan api.

Sugu Pavithra Tampil Dengan Video Baru, Tiada Scene Makan Bersama Keluarga

Selamat mencuba!

IKLAN

Kredit Resipi: Chanel YouTube Sugu Pavithra

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI