Ads

Strawberri Tahan Lama & Segar, Ohh Ini Caranya !

Baru beli dua tiga hari buah strawberri dah lembik, ada yang busuk dan langsung tak segar, ruginya!  Jangan mengeluh, ini ada tip  bagaimana memilih, membersih dan menyimpan buah strawberri yang dibeli supaya tidak mudah busuk dan kekal segar.

Perkara pertama perlu anda lakukan adalah pastikan anda pilih buah yang tidak layu dan tiada cacat cela. Kemudian tekan buah strawberri untuk kenalpasti masih segar dan tidak lembik. Pastikan juga buah berwarna merah terang dan berkilat.

Strawberri Tahan Lama & Segar, Ohh Ini Caranya !

Ads

Semasa membersihkannya, cuci segala kotaran yang melekat pada strawberri di bawah air mengalir. Kemudian rendam dalam air garam selama beberapa minit, kemudian toskan airnya. Untuk tahan lebih lama,  simpan dalam freezer.

Strawberri Tahan Lama & Segar, Ohh Ini Caranya !

Ads

Tip menjaga kesegaran buah stawberri

  • Pilih strawberri yang masih berdaun segar dan warna buah berwarna merah cerah.
  • Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas bertutup.  Elak meletak strawberri di luar aromanya boleh hilang dan buah menjadi kecut.
  • Sebelum sedia digunakan, seeloknya letakkan di tempat dengan suhu bilik. Ini membantu penyerapan vitamin.
  • Boleh juga cuba dengan cara cuci strawberri dan rendam dalam larutan air garam beberapa minit kemudian tos dan keringkan di atas tisu dapur sebelum dimasukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Cara yang sama boleh digunakan untuk mencuci buah-buah berri yang lain.

Ads

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Peniaga AYAM GUNTING Kongsi Resipi & Cara Buat Serbuk Tabur Yang...

Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.