Spageti Olio ini memang lain daripada biasa kerana ia diberi sentuhan ‘fusion’. Kalau selalunya olio stail Itali lebih ringkas dengan bawang putih, cili dan minyak zaitun, kali ini resipi ditambah dengan aneka makanan laut, capsicum dan tomato untuk rasa yang lebih segar serta berjus.

Teknik masakannya juga ada caranya, jangan tos spageti sampai kering, sebaliknya angkat terus dari periuk rebusan. Cara ini buatkan spageti lebih juicy dan pati kanji pasta akan bantu sos melekat sempurna.

Bila makan, memang terasa setiap helai spaghetti berbalut sos yang harum bawang putih, pedas cili dan manis rasa seafood. Memang kena dengan selera.

Ads

Resipi Spageti Olio Seafood Fusion

Spageti Olio Seafood Fusion, Lebih Enak & Kena Dengan Selera Kita

Bahan-bahan 

500g spageti
1 ½ labu bawang putih – dikupas
Cili kering / chili flakes / cili padi – ikut tahap pedas
1 biji tomato besar
150-200ml minyak zaitun (lebih sedap guna extra virgin)
Seafood pilihan (udang / sotong / salmon)
1 biji capsicum – dipotong dadu
Tomato ceri – dibelah dua
Garam secukup rasa
Parsley cincang (jika suka)
1–2 senduk air rebusan pasta

Spageti Olio Seafood Fusion, Lebih Enak & Kena Dengan Selera Kita

Cara Penyediaan

1. Rebus spageti dalam air garam hingga al dente (8–10 minit ikut arahan paket). Simpan 1–2 senduk air rebusan pasta.

2. Kisar kering bawang putih, cili dan tomato.

3. Panaskan minyak zaitun atas api sederhana-rendah, masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi serta sedikit kering.

4. Masukkan seafood pilihan, masak sekejap hingga hampir masak.

Ads

5. Tambahkan capsicum, air rebusan pasta dan garam secukupnya. Masukkan spageti yang diangkat terus dari periuk rebusan, jangan tos kering.

6. Masukkan tomato ceri, parsley cincang dan renjis sedikit lagi minyak zaitun.

7. Gaul rata dan hidang panas-panas.

Ads

Spageti Olio Seafood Fusion, Lebih Enak & Kena Dengan Selera Kita

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Tip Ekstra
  • Jangan terlalu lama tos spageti, angkat terus ke dalam pan untuk elak kering.
  • Starch dari air rebusan pasta bantu sos lebih pekat dan mudah melapisi spaghetti.
  • Untuk ikut gaya Itali asli, jangan tambah keju pada hidangan olio berasaskan seafood kerana keju dikatakan akan ganggu keseimbangan rasa garlic, chili dan minyak zaitun.

Kredit Resipi & Foto: Ayu Mashrudin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI