Ads

Semerbak Aroma SOTONG SUMBAT KUAH PERCIK, Puas Hati Buat Sendiri!

Resipi Sotong Sumbat Kuah Percik ini bukan saja sedap tapi kaya rasa. Selalu dijual di kedai ikan bakar malah mahal pula harganya. Hidangan sotong memang kita tahu enak disumbat pula dengan isi ayam dan rencah kemudian disiram dengan kuah percik. Memang bertambah-tambah lazatnya.Semerbak aroma baunya memang menggoda jiwa, malah puas hati bila buat sendiri di rumah.

Resipi sotong sumbat kuah percik

Semerbak Aroma SOTONG SUMBAT KUAH PERCIK, Puas Hati Buat Sendiri!

Bahan-bahan sotong sumbat

2 ekor sotong saiz besar (basuh dan toskan)
3 biji telur
Isi dada ayam dicincang (lebih banyak, lebih sedap!)
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang merah, dimayang
Sedikit lobak merah, cincang halus
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit garam

Bahan-bahan kuah percik

5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
3 batang serai
Cili kisar secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 ketul gula kabung
Sedikit garam
Santan kotak secukupnya
Jintan manis secukupnya

Ads

Cara membuat

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.

2. Masukkan isi ayam cincang, lobak merah, bahan perasa, dan garam. Gaul hingga rata dan biarkan isi ayam masak sempurna.

Ads

3.Pukul telur dan tuangkan ke dalam bahan tumisan tadi. Masak hingga menjadi telur dadar dan kemudian hancurkan telur tersebut.

4. Biarkan bahan sumbat ini sejuk, kemudian sumbatkan campuran tadi ke dalam sotong. Pastikan kepala sotong turut dimasukkan, dan cucuk sotong dengan lidi untuk menahan isinya.

Ads

Semerbak Aroma SOTONG SUMBAT KUAH PERCIK, Puas Hati Buat Sendiri!

Cara membuat kuah percik

  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, dan serai hingga halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau.
  • Tambahkan serbuk kunyit, gula kabung, dan garam. Kacau rata dan biarkan bahan-bahan ini masak hingga naik minyak.
  • Masukkan santan dan kacau hingga santan pecah minyak. Sesuaikan rasa dengan menambah gula jika perlu.

Cara penyediaan potong

  • Bakar sotong yang sudah disumbat dalam frying pan atau pemanggang ajaib. Air sotong akan keluar Waktu ini, terbalikkan sotong beberapa kali sehingga air sotong hampir kering.
  • Kelar sotong dan sapukan kuah percik di atasnya. Masak hingga kuah pecah minyak dan sotong masak sepenuhnya.
  • Tip: Hidangkan sotong sumbat percik dengan nasi panas atau sayur-sayuran segar untuk hidangan yang lebih lengkap.

Kredit resipi & foto: Nur Masri

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 Bakal Pecah Rekod Malaysia...

RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.