
Cara buat sos carbonara ini sangatlah mudah malah lebih menjimatkan.
Selalunya bila teringin menikmati spageti carbonara, kita akan terus teringat sos segera yang dijual dalam pelbagai jenama.
Cuma bila masak kuantitinya sikit saja. Untuk makan sekeluarga mungkin memerlukan dua tin barulah mencukupi.
Sebenarnya daripada beli elok juga jika kita buat cuba sendiri sebab cara membuat sos carbonara ini tak susah mana pun. Jimat juga, sekali buat dapat sekuali. Hasilnya pun puas hati sedap, pekat likat!
Cara buat sos carbonara pekat likat
Bahan untuk sos carbonara
Mentega
Bawang holland – potong dadu
3 sudu makan -tepung gandum
3 cawan air
4 cawan susu full cream –
Tatura cream cheese (pek kecil dibelah dua. Ambil sebahagian dan kisar dengan air supaya tak berketul)
Garam, lada hitam, oregano
Daging cincang
Sosej -dipotong kasar
Lada benggala
Cara penyediaan
- Panaskan mentega kemudian masukkan bawang holland. Tumis sehingga keperangan
- Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
- Bila sudah agak kering masukkan air dan kacau jangan sampai berketul. Kemudian masukkan susu full cream. Kalau pekat tambah lagi susu.
5. Masukkan ke semua bahan lain termasuk cream cheese.
6. Perasakan, jika semua cukup rasa. Tutup api dan hidang bersama spageti.
INFO: Sukatan ini sesuai untuk sebungkus spageti, gandakan bahan jika ingin kuantiti yang banyak.
Kredit resipi & foto: Arieza Rieza
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI