Makanan

Resipi SEMPERIT KLASIK Sedap Tak Muak, Modal RM15 Dapat 10 Balang!

Share

Biskut Semperit Klasik antara kuih raya dulu-dulu yang menjadi kesukaan ramai. Bila makan memang sedap tak muak, mudah nak buat malah kosnya pula tak besar. Modal RM15 boleh dapat 10 balang. Memang jimat! Sesuai sangat kalau nak buat jual atau sediakan untuk tetamu waktu raya nanti.

Bagi yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh cuba resipi Semperit Klasik sedap yang dikongsikan oleh Puan Nor Afzan Idris
ini sebagai panduan;

Pagi ni Mokcik buat semperit klasik. Biskut zaman-zaman dulu tapi sedap tak muak. Makan sekali terus jatuh cinta. Biskut ni kos dia tak banyak, modal RM15 je dah dapat 10 balang.

Bahan-Bahan:

Bahan A (Kacau Sebati):

1kg majerin cap pelangi
3 cawan gula dikisar
2 tudung esen vanila star brand
2 biji kuning telor

* Kacau-kacau dengan sudip bagi sebati

Bahan B (Diayak)

4 cawan Tepung jagung
4 cawan Tepung Kastad
9 cawan Tepung Gandum

Cara Membuat:

1. Ayak semua tepung dan masukkan dalam bahan A. Uli-uli sampai sebati. Kalau masih lekat ditangan tambah tepung gandum.
2. Ok dah siap. Masuk acuan dan tekan atas tulang. Terpulanglah masing-masing nak guna acuan macam mana. Bunga dahlia ke bunga taik ayam ke. Tak kisah takde dosanya.
3.Bakar suhu atas bawah 150c selama 30minit. Macam biasa ikut kesesuaian oven masing-masing.

Selamat mencuba.

Info Ekstra!

  • Kalau adunan terlalu lembut bila bakar jadi kembang dan kelopak bunga jatuh.
    Semperit klasik ni tak manja macam semperit susu. Lambat-lambat picit takpe, adunan tak keras.
  • Yang kat atas hijau tu makcik hias dengan papaya apa ntah tak ingat nama. Beli 500g tak sampai RM5. Buat 10 adunan tak habis-habis lagi. Jimat berganda-ganda.

RASA: Menarik juga resipi Semperit Klasik ni, sesuai kalau buat jualan berniaga  atau sediakan untuk tetamu raya nanti. Jimat kos, modal RM15 boleh dapat 10 balang kuih.

Sumber: Nor Afzan Idris

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Published by
Suhaidah Abd Wahab