Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar. Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit, apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru. Pasti lebih berselera dan tidak jemu dimakan. Lain dari rasa ayam goreng yang biasa kita nikmati tu. Cubalah!
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil 3 batang serai 5 ulas bawang putih 2 akar ketumbar 2 sudu kecil lada hitam – beli online disini 2 sudu besar sos tiram – beli online disini 1 sudu besar sos ikan – beli online disini 1 sudu kecil gula 2 sudu besar tepung jagung – beli online disini Daun limau purut – dihiris halus Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ia bertujuan supaya bila serai ditumbuk, seratnya jadi cantik dan panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk serai kasar-kasar sahaja.
3. Ini bahan tumbuk untuk perapan: bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan tapi tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit pun tidak mengapa.
Ads
5. Masukkan semua bahan (kecuali daun limau purut) bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan di akhir sekali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal. Jika bergumpal, nanti bila digoreng hasilnya jadi tidak cantik.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan.
8. Ayam Goreng Serai siap disediakan. Taburkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan lagi keenakan menu ini. Aya mini juga enak dicicah bersama Sos Cili Thai.
Buntu tak tahu nak masak apa? Boleh cuba resipi tauhu ayam ini. Memang mudah sahaja cara membuatnya. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita cuba resipi perkongsian Nick Ryzal ini.
RESIPI TAUHU AYAM
BAHAN-BAHAN:
Dada Ayam
Tofu telur
Tauhu dadu
Telur
Bawang besar
Pati ayam
Daun sup
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar bahan-bahan seperti ayam, tofu telur, tauhu dadu dan telur.
2. Masukkan daun sup, pati ayam, garam, lada putih, ajinomoto. Nak tambah lobak atau sayuran lain pun boleh.
3. Kemudian, kukus mengikut acuan yang anda mahukan.
4. Akhir sekali, celup dengan telur, goreng dan siap dijamah.
Jika anda mencari barangan rumah, boleh cari DISINI.
Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.
AYAM SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1.5kg dipotong kecil
1 biji santan
7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
3 inci halia*
2 batang serai diketuk (pilihan)
1 keping asam keping
Gula secukupnya
Garam
*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!
Hidangan yang sederhana dengan rasa kicap dan lada hitam memberi kelainan yang menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
4 biji/5 bawang merah besar (sederhana besar)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Satu sudu lada hitam (boleh kurangkan)
3 sekawan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Sedikit asam jawa
Cili hijau besar (dibelah dua jangan sampai putus)
6 sudu makan kicap
CARA MEMASAK:
Gorengkan ayam garing dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kisar halus bawang merah, bawang merah besar, bawang putih, halia dan lada hitam
Guna dalam lima sudu minyak yang digoreng ayam tadi. Masukkan rempah tiga sekawan dan cili hijau besar. Keluarkan cili hijau apabila layu sedikit dan ketepikan.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan garing.
Selepas garing masukkan air asam jawa.
Kemudian masukkan kicap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. (Jika menggunakan kicap manis tidak perlu masukkan gula)
Akhir sekali masukkan ayam dan cili hijau besar kacau sehingga rata.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!