Sayur kekal Segar Dalam Peti Sejuk,  Ini Caranya!

Share

Bila sayur murah, mulalah nak beli banyak untuk stok, tapi masalahnya sayur terutama berdaun hijau mudah layu dan tak tahan lama. Jangan risau ada cara tangani masalah ini,  selain sayur segar segala zat terkandung dalam sayur juga tak hilang.

Simpan sayur dalam peti sejuk adalah cara terbaik, tapi kena tahu cara menyimpannya ye. Paling mudah adalah dengan membalut sayur dengan kertas (elakkan surat khabar) kerana kertas akan menyerap wap air dalam peti sejuk dan sayur bertahan lebih lama.

Jika terus simpan menggunakan plastik pembungkus, sayur tidak bernafas, gas di dalamnya akan mempercepatkan proses sayur menjadi busuk.Namun cara terbaiknya, beli sayur ikut keperluan harian dan terus dimasak. Tetapi kesibukan membantaskan anda, jadi info ini diharapkan membantu ye…


 

IKLAN