Makanan

Ini Resipi 33 Tahun, Royal Pineapple Cheese Tart Gebu & Cair Dalam Mulut Dibuat Niaga

Share

Kuih tart nenas keju atau Royal Pineapple Cheese Tart merupakan antara kuih kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak manis, gebu dan cair dalam mulut. Ramai yang suka buat untuk makan sendiri seisi keluarga ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart nenas yang sedap.

Namun perkongsian resipi Royal Pineapple Cheese Tart oleh Anida Azmi ini, antara yang nak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 33 tahun yang dulu. Jadi jika nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.

Berikut antara perkongsian beliau;

“33 tahun dulu (1993) saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manfaatkan untuk tambah pendapatan saya.

“Alhamdulilah walaupun dah lama saya tinggalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”

Royal Pineapple Cheese Tart

Bahan-Bahan:

350grm Tepung gandum (anggaran)
250grm Buttercup
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor

Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)

Cara Membuat:

1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.


3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telur yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.

**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!

Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!

RASA: Menarik resipi Royal Pineapple Cheese Tart yang dikongsikan ini. Terasa lemak manis kuih tart ni, gebu dan cair dalam mulut. Boleh dibuat niaga untuk dijadikan pendapatan sampingan atau hidangan untuk tetamu datang beraya nanti. Kena cuba resipi ini.

Sumber: Anida Azmi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Published by
Suhaidah Abd Wahab