Kali ini RASA kongsikan resipi Resoles Inti Ayam yang simple dan inti juga mudah disediakan, sesuai sangat dijadikan menu untuk sarapan, minum petang, mahu pun sebagai hidangan untuk tetamu.

Resoles Inti Ayam Layan Wei Sedapnya…

BAHAN-BAHAN:
UNTUK KULIT:
3 biji telur
125gm tepung gandum
250ml air
½ sudu teh garam
1 sudu makan mentega | cairkan

IKLAN

BAHAN INTI:
300gm fillet ayam
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
½ sudu teh lada sulah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

1 sudu makan perasa ayam
1sudu makan mentega | untuk menumis
100ml santan air

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Untuk membuata kulit, campurkan tepung, telur, air dan garam gaul hingga rata.
  2. Tapis ke dalam bekas lain dan campurkan dengan metega yang telah dicairkan.
  3. Panaskan kuali, kemudian dadarkan nipis, lakukan hingga habis aduanan.
  4. Bagi menyediakan inti, panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  5. Masukan ayam fillet ayam yang telah direbus dan dicarik tadi, tambahkan santan, kacau rata.
  6. Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. Kacau lagi.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api.
  8. Kemudian isikan inti ayam di atas lempeng, gulung seperti popia, buat hingga selesai.
  9. Panaskan minyak dan goreng resole hingga kekuning, angkat dan hidangkan dengan sos kesukaan keluarga anda.

Resipi: @fridajoincoffee

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI