Menu bergedil hidangan paling simple dan sedap dinikmati, boleh digabungkan dengan apa jua masakan. Selain rasanya sedap, ia juga menjimatkan. Puas hati bila dapat makan bergedil yang dibuat sendiri. Nikmati sendiri 5 jenis bergedil yang berlainan yang kamu perlu cuba!
1. BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
Ads
2. BERGEDEL IKAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan tuna
4 biji kentang |rebus dan dilecek
1 biji lemon |ambil parutan kulitnya
1 biji telur |pukul sedikit
Sedikit daun ketumbar |hiris
1 tangkai daun bawang |hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ikan bersama kentang, parutan kulit lemon, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Bentukkan bulat dan dileperkan mengikut saiz yang diingini. Ulangi hingga selesai.
Celup ke dalam telur dan kemudian gaulkan bersama serbuk roti dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna perang keemasan.
Siap untuk dihidang.
Info Chef: Isi ikan boleh digantikan dengan ikan yang lain seperti isi ikan merah, salmon dan lain-lain yang memberikan rasanya yang tersendiri.
3. BERGEDEL SALMON
BAHAN-BAHAN:
250gm salmon | panggang dan hancurkan
1 sudu teh minyak zaitun
2 ulas bawang putih |cincang
1 /2 biji bawang Holland | cincang halus
Sedikit daun parsli |cincang halus
Sedikit cili benggala | cincang halus
1 biji telur
½ cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh empingan cili
2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega,tumiskan bawang putih, Holland dan cili Benggala hingga layu.
Masukkan isi ikan salmon dalam mangkuk bersma telur, gaul rata.
Campurkan ke dalamnya serbuk roti, tumisan bawang tadi, daun parsli, lada hitam dan lada sulah.
Gaul rata sehingga sebati dan cukup rasa.
Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan gaulkan dengan serbuk roti.
Panaskan minyak dan goreng bergedil hingga kuning keperangan. Angkar dan sedia dihidangkan dengan pencicah seperti cili sos, mayones atau sos keju.
4. BERGEDIL AYAM
(Resipi 5kg Kentang Untuk Begedil Ayam)
BAHAN-BAHAN
Ads
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
5. BERGEDIL TAUHU DAGING
BAHAN-BAHAN:
Tauhu kering
5-6 biji ubi kentang
Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
Bawang goreng secukupnya
1 biji bawang besar – potong dadu
2-3 sudu makan bawang goreng
Daun sup – potong halus
Serbuk lada putih secukupnya
2-3 biji telur
Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
Pecahkan telur dan pukul.
Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
Sedia untuk dinikmati bersama sos.
Ads
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS:
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili kering
Gula melaka atau gula merah
Bijan (disangai)
Gula biasa (kalau kurang manis)
Garam (secukup rasa)
Sedikit belacan
300ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Teringin pula nak menikmati kek, bila beli kepuasan tak dirasai. Ada yang terlebih manis, sangat berlemak dan sebagainya. Bila ada kepandaian buat sendiri lebih puas. Boleh imbang rasa manis , lemak dan segalanya. Kalau dah mahir, bolehlah tambah pendapatan dengan bisnes kek.
Kek karamel pelangi versi kukus …
Bahan-bahan:
2sb gula kasar( taburkan dlm loyang bg rata n bakar dlm oven lbh kurang 4 mnt atau sehingga gula cair n perang..jgn bg hangus ye.Ketepikan.)
Bahan-bahan untuk karamel:
1 tin susu cair
1/3 cawan susu pkt….kalau suka manis bleh tambah lg
2 sudu besar tpg kastard
3 biji telur
2 biji kuning telur shj
Sedikit esen vanila
1.Kisar semua ni bg sebati n berbuih2.
2.Masukkan dlm loyang yg berisi gula hangus td…kukus selama 20 atau 25 mnt….jgn lama sgt tauu….
Bahan-bahan untuk kek:
5 biji telur gred A
2 sudu besar gula kastor
1 cawan myk masak (apa2 myk masak jer..myk jagung lg elok)
2 cwn atau 250 gram tpg naik sendiri (guna jenama mfm)
1 sudu besar ovalette….
esen vanila sikit…
Pewarna ikut ler nk warna apa…
Caranya:
1.Campurkan semua sekali n mixer ler sampai putih n gebu.
2.Selepas itu boleh ler bahagi-bahagikan apa jer warna yg korang nk.
3.Cucukkan dulu permukaan karamel yang dah suam-suam kuku tadi.Jangan letak kek masa karamel panas-panas tau.Nanti terbantutt kek korang.
4.Letak ler elok-elok.selang seli warna tu sampai habis. Then kukus ler selama 1 jam kalau korang guna loyang 8 in atau 9 in….
kalau loyang 5 in boleh bahagi 6 atau 5…loyang 6 in dpt 4..kukus slm setengah jam..
(ni satu pesanan terpenting……api kukus tu jgn kuat ye….n steamer trio x sesuai…… Nnti kek korang terbantuttt tumbesarannya……jgn slhkn mm ckp mm bg resepi tak betul pulokk…ni ler resepi yg mm guna slm ni..
Bercadang nak buat makan-makan dan tercari-cari menu sempena cuti hari merdeka esok? Ini antara menu-menu istimewa yang sesuai dijadikan sajian makan tengahari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Maklumlah sekarang ni pun tengah musim cuti sekolah, jadi memang seronok kalau masak bermacam-macam menu. Paling penting, semuanya adalah hasil dari air tangan ibu.
Tengahari lebih sesuai jika masak lauk pauk pelbagai rasa. Tapi andai jemu dengan nasi, sajian ringkas seperti bihun juga ada dikongsi. Lebih ringan dan sesuai dinikmati hingga ke malam hari. Jomlah cuba. Anda sekeluarga pasti gemarkannya.
KOLEKSI MENU YANG SEDAP & MUDAH SEMPENA CUTI HARI MERDEKA
1. NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – rebus empuk
1kg beras basmathi – cuci & tos – beli online disini
1.5kg air
1/2 tin susu cair – beli online disini
2 sudu makan rempah kurma – sangai seketika – beli online disini
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi – beli online disini
1 kiub pati daging
1 helai daun pandan
2 biji tomato – belah empat
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN AIR ASAM:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
30gm belacan
Sedikit ikan bilis
Sedikit gula
Garam jika perlu
2 biji tomato
2 biji bawang besar
2 sudu makan kerisik – beli online disini
1 cawan air rebusan daging
1 sudu makan pes asam jawa – beli online disini
1 sudu makan sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tomato – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebuan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
7. Hidangkan bersama nasi daging.
2. UDANG GULAI LEMAK CILI PADI & DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL – bersihkan
1 cekak daun selom – celur seketika
700ml santan
1 keping asam gelugur – beli online disini
3 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – hiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar, serai, daun kunyit dan asam gelugur. Renehkan.
2. Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan daun selom yang telah dicelur tadi. Masak hingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan kecilkan api.
4. Biar selama 2-3 minit dan padamkan api. Angkat serta sedia untuk dihidangkan bersama menu potluck yang lain.
3. SATE DAGING GORENG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris kecil & nipis
200gm kacang tanah – sangai & kisar – beli online disini
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan sate dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik seketika.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, Goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
7. Sedia untuk dihidangkan.
4. KARI IKAN BAWAL MAS
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal mas – potong dua atau tiga
200ml santan
½ cawan air asam
3 tangkai daun kari – lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu makan rempah penumis
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIRIS:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN TAMBAHAN:
1 biji terung panjang – belah dua & potong empat
3 biji bendi – potong dua
1 biji cili merah – belah dua
1 biji cili hijau – belah dua
1 biji tomato – belah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah penumis dan daun kari. Kecilkan sedikit api.
3. Setelah garing, masukkan bancuhan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga pecah minyak. Tambah air dan air asam jawa.
4. Bila kuah mereneh, masukkan ikan diikuti dengan santan. Biarkan mendidih.
5. Tambahkan terung, kacang bendi, cili dan tomato.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah 2-3 minit, trutup api dan hidangkan segera.
5. SOTONG BAKAR SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong bersaiz XL – bersih & toskan
100ml santan kotak – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
3 tangkai cili kering
2 batang serai
2 ulas bawang putih
BAHAN SUMBAT:
2 keping tauhu
1 biji telur
3 sudu makan daging kisar
1 biji bawang besar – dadu halus
3 biji bawang merah – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
3 biji cili merah – cincang halus
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bahan perapan sotong, campurkan bahan kisar bersama santan. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Ketepikan.
2. Bagi menyediakan bahans umbat sotong, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Tambahkan daging kisar, tumis hingga kering.
4. Masukkan tauhu yang dihancurkan. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Tutup api dan sejukkan.
6. Bila inti sejuk, pecahkan telur, kacau rata dan tambahkan hirisan daun bawang serta daun ketumbar.
7. Sumbat bahan isian ke dalam sotong, padatkan dan tutup guna kepala sotong. Pin guna lidi dengan kemas.
8. Gaul sotong dengan bahan perapan. Perap seketika.
9. Untuk memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan panggang sotong guna api sederhana hingga masak. Sedia untuk dinikmati bersama menu potluck yang lain.
6. BIHUN GORENG TAUCU
BAHAN-BAHAN:
100gm bihun – beli online disini
100gm tauge – buang ekor
100gm daun bawang – hiris pendek
1 keping kek ikan – hiris
150gm udang – buang kulit
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan pes taucu – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu malam sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering – rendam & tos
2 sudu makan ikan bilis – rendam & tos
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes cili kering. Kacau lagi dan masukkan taucu. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan udang. Apabila sudah bertukar warna, tambahkan sos tiram dan sos tomato. Gaul.
4. Masukkan bihun yang telah direndam tadi. Masukkan juga sedikit air dan masak hingga bihun lembut.
5. Tambahkan tauge dan daun bawang serta perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Jom buat Granola Barhomemade! Terdapat pelbagai jenis snek dan makanan ringan yang dijual di pasaran. Namun semuanya bergantung pada kita untuk membuat pilihan yang bijak. Jika anda dan anak-anak sukakan snek, boleh cuba resipi Granola Bar perkongsian saudari Sumaiyah Abdullahni. Mudah, sedap dan boleh kawal kandungan gula, pewarna dan tanpa pengawet. Malah ia juga lebih sihat kerana menggunakan oat dan bahan-bahan sunah seperti kismis, kekacangdan banyak lagi. Anda juga boleh oleh bahan-bahannya ikut citarasa masing-masing. Jom cuba!
1. Bila oat dan kekacang siap dibakar, masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan gaul sebati menggunakan api perlahan. Gaul seperti membuat biskut cornflakes madu untuk raya.
2. Apabila semua bahan dah sebati, masukkan campuran bahan-bahan tadi ke dalam bekas segi empat yang bersesuaian dengan ketebalan Granola Bar yang anda kehendaki.
3. Tekan-tekan menggunakan sudu supaya campuran oat tadi menjadi padat. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
4. Bila Granola Bar sudah sejuk, keluarkan dan potong empat segi atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...