Untuk sajian makan malam apakata cuba masak Singgang Ikan Patin dan sukun gulung yang gerenti sedapnya. Ni resipi dari Eksekutif Chef Sabri Soid dari hotel ternama Royale Chulan KL
Masakan hotel ni boleh aje dimasak dirumah. Kedua resipi ini mendapat sentuhan magik dari Chef Sabri Soid yang mempunyai pengalaman memasak berdekad lamanya. Berbaloi untuk dicuba resipi super sedap ni.
SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm buah sukun | dipotong dadu
100gm buah ciku | dipotong dadu
50gm kismis hitam
50gm gula putih
100gm serbuk roti
200gm pastri filo
50gm mentega | dicairkan
100ml susu
50ml krim masakan
50gm serbuk kastad
30ml esen vanilla
20gm tepung jagung
1 biji telur kuning
CARA MEMASAK: 1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai. 2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair. 3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit. 4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu. 5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya. 6. Enak dimakan bersama aiskrim.
Info chef: Lagi elok jika menggunakan gula perang.
SINGGANG PATIN TEMPOYAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
400gm ikan patin
100 tempoyak
50gm bawang merah
50gm bawang putih
50gm daun kesum
100gm bunga kantan
400ml air
100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
10gm serbuk kunyit
Cili merah untuk hiasan
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya. 2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak. 3. Tutup api dan masukkan timun. 4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah
Ads
INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.
Laksa homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Teringin nak buat laksa sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Sheka di bawah ini. Pasti sangat sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI LAKSA HOMEMADE HANYA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak
Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan tepung mengikut acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat)
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.
4. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan laksa telah masak.
5. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.
6. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Ikan salmon dikategorikan sebagai ikan yang mempunayi sumber terbaik omega -3, serta kaya akan vitamin dan juga protein yang berkualiti tinggi. Omega-3 ini sangat penting bagi tubuh kerana memiliki peranan yang sangat besar dalam menjaga kesihatan tubuh, dan merupakan lemak yang sangat istimewa serta sihat. Anda yang ingin menjaga pemakanan , boleh cuba menu sihat yang dikongsikan ini.
GRILLED SALMON BAHAN-BAHAN:
150gm ikan salmon
100gm tomato
100gm cili bengala
1 sudu teh minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
Sementara itu gaulkan salmon bersama garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun.
Kemudian panggang ikan salmon dan tomato. Angkat dan ketepikan.
Panaskan kuali, goreng balik-balikkan cili bengala. Ketepikan.
Untuk menyediakan sos, didihkan krim di atas api sederhana.
Kemudian hancurkan cepers dan masukkan dalam krim.
Perisakan dengan garam dan lada hitam.
Masukkan salmon, tomato dan cili bengala dalam pinggan dan tuangkan sos di atasnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF:
Pastikan ikan salmon segar dan tidak memanggang salmon terlalu lama.
Saiz hidangan: 1 orang.
Jenis hidangan: Ikan.
Waktu memasak : 20 minit.
Cara memasak : Panggang dan tumis.
Keistimewaan: Enak berkrim.
Anggaran kos: RM12. TERIMA KASIH: Che Su dari ParadisoCafé, Kota Damansara
Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan roti. Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa. Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng, resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain. Ringkas dan rasanya pun sedap. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai snek untuk minum petang.
RESIPI ROTI GORENG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2@ 3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!