
Roti jala memang antara hidangan tradisional yang sering menjadi pilihan ramai, terutama sekali bila dihidang bersama kari ayam atau daging. Namun bila nak buat dalam jumlah banyak, ramai yang keliru dengan sukatan bahan. Jangan risau! Kali ini, menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara dan sukatan adunan roti jala yang ‘perfect’ dan pasti menjadi. Mudah je rupanya!

Bahan-Bahan Roti Jala
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu makan marjerin
- 1 sudu makan garam halus
- 1 sudu teh pewarna kuning telur
- 1.7 liter air biasa
Cara Membuat Roti Jala
- Satukan semua bahan ke dalam bekas dan kisar hingga adunan halus dan tidak berketul. Ini penting supaya adunan roti jala tidak tersumbat di dalam acuan.

- Jika perlu, tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang lebih licin dan lembut.

- Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana.
- Tuang adunan ke dalam acuan roti jala dan tebar membentuk corak jala yang sekata.
- Bila bahagian bawah kelihatan masak, angkat dan gulung roti jala dengan kemas. Ulang hingga habis adunan.

Tip Roti Jala Sempurna
Untuk hasil roti jala yang lembut dan tidak mudah keras, pastikan adunan cukup rehat seketika sebelum dimasak. Gunakan kuali non-stick supaya corak jala kekal cantik dan tidak melekat. Jika ingin warna lebih menarik, boleh tambah sedikit pewarna kuning telur mengikut citarasa.
Saranan Hidangan
Roti jala enak dimakan bersama kari ayam, kari daging atau kuah dal. Ia juga sesuai dijadikan hidangan utama untuk majlis, kenduri atau menu berbuka puasa. Dengan sukatan adunan roti jala yang tepat ini, anda pasti dapat hasil yang lembut dan sedap setiap kali buat.
Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti Jala Hijau Ni Sedap Lain Macam. Kuah Durian Bersagu Tu Padu Gila!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




