Hidangan Mee Kicap bersama sup wantan ni memang best. Nampak sempoi je tapi rasanya memang luar biasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari AliyaFarhanaChomeyy. Pasti puas hati.
MEE KICAP BERSAMA SUP WANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN WANTAN:
Kulit wantan segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam (dicincang. Boleh ganti dengan isi udang cincang).
1/2 biji bawang holand |diracik
Sedikit lobak merah | diracik
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
Sedikit daun bawang | diracik halus
Ads
CARA-CARA:
1. Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
2. Ambil kulit wantan, letakkan isi ayam yang digaul tadi di tengah-tengah kulit wantan.
3. Letakkan sedikit air dikeliling kulit wantan dan bunjutkan. Buatkan juga wantan bersaiz tiga segi.
4. Panaskan minyak dan goreng wantan yang dibunjut tadi hingga garing. Wantan yang berbentuk 3 segi dikukus hingga masak. .
BAHAN SUP WANTAN:
2 gelas air (boleh lebihkan jika mahu banyak kuah)
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu makan minyak bawang putih
Garam cukup rasa
Ads
CARA-CARA:
1. Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan wantan).
2. Akhir sekali baru masukkan bebola & wantan. Biar mendidih sekali lagi. Padamkan api.
BAHAN MEE KICAP:
Ads
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama wantan goreng, cili jeruk dan sup wantan.
Kebiasaannya nak buat mi goreng basah kita gunakan mi kuning, tapi boleh juga diganti dengan mi sanggul. Rasa mi sanggul goreng basah ini memang sedap terutama kalau makan panas-panas.
Nak cuba? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Cara buat mi sanggul goreng basah
Bahan-bahan
2 mee sanggul -direbus atau rendam sehingga lembut dan toskan
Udang – dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato -belah 4
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap manis
Serbuk perasa
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa secukupnya. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mee sanggul, tauge dan kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika. Siap.
Resipi Mee Berkuah memang sedap dan mudah disediakan, kalau rasa terliur belek-belek bahan dalam peti, kalau kurang boleh ke pasar sebentar. Sesuai di jamu untuk makan petang atau malam nanti. Rasa berkongsi resipi turun temurun dari mak Rosehayatie.
Lapag mee kuah harini..mee kuah resepi Mak kami.. tapi Mak kami guna ayaq rebusan daging. kami tak dak daging..guna ayam ja ea ..dok makan2.. tiba teringat pulak kat Mak kami – Rosehayatie
Nota: Jika nak makan berulang2..kuah boleh asing kan dgn mee..kalau nak makan terus boleh masuk mee skli dgn kuah..sbb mee bercampur dgn kuah akan jadi kembang
Masyarakat cina amat terkenal dengan sajian mi. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun hasil hidangan memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Antara bahan yang biasa digunakan dalam masakan adalah minyak bijan, bawang putih, sos tiram dan kicap. Agak berbeza dengan sajian mi goreng masyarakat melayu yang lebih banyak menggunakan bahan-bahan seperti bawang merah, ikan bilis dan cili. Nak cuba masak untuk keluarga anda? Jom cuba resipi di bawah ini.
MEE WANTAN BIJAN
BAHAN-BAHAN:
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup
200gm hirisan isi ayam
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh gula
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh bijan | simpan sedikit untuk hiasan
1 sudu teh minyak bawang putih yang ditumis
150gm air
CARA MEMASAK:
Rebus mi wantan sehingga kembang. Toskan airnya dan ketepikan.
Panaskan minyak bijan dan minyak bawang. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, gula, serbuk lada putih dan air. Tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan kepingan isi ayam dan masak sehingga lembut dan wangi. Masukkan juga sedikit bijan.
Tambahkan An’Nur Mee Wantan. Gaul sebati dan hidangkan ke dalam pinggan.
Tabur lebihan bijan dan hiaskan dengan isi ayam diatasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef : Serbuk lada ptih boleh diganti dengan perencah sup ayam An’Nur.
MEE AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam
2 biji bawang besar Holland | dihiris bulat
4 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
1cm halia | dikisar
1cm lengkuas | dikisar
1 sudu teh biji ketumbar | dikisar
2 batang serai
4 helai daun limau purut
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup | dicelur hingga lembut
2 paket An’Nur Perencah Sup
Sedikit Pak Choy | dicelur
1 biji telur | direbus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
Nikmati segera.
Info Chef : Tambah hirisan cili padi untuk rasa pedas.
CLAYPOT HOKKIEN MEE WANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga kembang dan ditoskan
7 biji telur
100gm kubis cina / pak choy
10gm lobak merah
20gm cendawan straw / cendawan butang
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
100gm isi ayam | dihiris
Sedikit cili merah | hiasan
Sedikit bawang goreng | hiasan
Sedikit minyak masak
BAHAN PERASA:
3 sudu makan kicap masin
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 paket perencah sup ayam An’Nur
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan gula
800ml air rebusan ayam
BAHAN PEMEKAT KUAH:
1/4 sudu teh garam bukit
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh tepung jagung
1/4 sudu teh lada putih
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan sayur-sayuran, cendawan dan ayam. Gaul rata.
Seterusnya masukkan mi wantan, bahan perasa, air rebusan ayam dan bahan pemekat. Biarkan seketika.
Angkat dan masukkan ke dalam claypot. Masak lagi sehingga kuah sedikit pekat.
Pecahkan telur di atasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef : Selain isi ayam, boleh juga menggunakan udang atau sotong.
BAN MEE TEOW KICAP SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang dan toskan
2 ekor sotong besar | dihiris dan dicelur
10 ekor udang saiz sederhana | dicelur
100gm pak choy / chye sim | dicelur
3 ulas bawang putih | ditumbuk
Sedikit minyak masak
BAHAN SUP:
2 paket perencah sup ayam An’Nur
800gm air
Daun sup dan daun ketumbar secukupnya
BAHAN KICAP BAN MEE:
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1/2 paket perencah ayam
1 sudu teh minyak bijan
150gm air
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bahan kicap ban mee dan air. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan mee teow, sotong, udang dan sayur. Kacau sehingga kicap kering. Angkat dan hidangkan.
Tabur bawang goreng dan hirisan cili potong. Nikmati segera.
Info Chef : Jika sukakan mi yang sedikit berkuah, tambah sedikit air rebusan ayam.
YIN YONG
BAHAN-BAHAN:
1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 sudu teh minyak bijan
1 inci halia | dihiris
1 tangkai sawi | dihiris
3 ekor sotong | dihiris
10 ekor udang
300gm isi ayam
2 biji telur
250gm air
1 sudu makan kicap pekat
Sedikit minyak masak
BAHAN PEMEKAT KUAH:
1 sudu teh kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
2 sudu makan tepung jagung
1 paket perencah sup ayam
100gm air | dibancuh bersama bahan-bahan diatas.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bijan dan tumis 1 ulas bawang putih. Masukkan mee teow bersama 1 sudu makan kicap pekat. Gaul sehingga warna kicap sama rata. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan air.
Kemudian masukkan sawi, isi ayam, udang dan sotong. Gaul rata.
Tuangkan bahan pemekat kuah dan kacau sehingga kuah sedikit pekat.
Pecahkan telur dan pukul sedikit. Masukkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit.
Masukkan 1 paket sup ayam An’Nur dan kacau sehingga cukup rasa.
Angkat dan tuangkan kuah Yin Yong ke atas mee teow tadi.
Hidangkan segera.
Info Chef : Enak dinikmati bersama sambal belacan atau cili kicap.
MEE WANTAN YEE MEE MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga lembut
4 ulas bawang putih | dicincang halus
3 ekor sotong | dihiris
10 ekor udang
1 tangkai Chye Sim
Sedikit lobak merah
1 paket cendawan butang
3 sudu makan tepung jagung | untuk pekatkan kuah
1 biji telur
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 paket perencah sup ayam
1/2 sudu teh gula
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN PERASA:
700ml air
1 sudu makan sos tiram
Kicap cair secukup rasa
1 paket perencah sup ayam An’Nur
1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMASAK:
Gaul udang dan sotong bersama bahan perap. Biarkan seketika.
Panaskan minyak dan goreng mi wantan sehingga perang dan sedikit garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan air, perencah sup ayam, sos tiram, kicap cair, sotong, udang, cendawan, chye sim dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah. Biarkan memekat.
Tuang minyak bijan dan pecahkan telur. Biarkan seketika dan angkat.
Tuangkan kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi.
Nikmati segera.
Info Chef : Tabur bawang goreng dan daun sup untuk menaikkan rasa.