Jika anda seorang peminat ramen, anda wajib singgah di gerai Ramen Heaven yang terletak di Telok Gadong, Klang, Selangor. Pelbagai hidangan ramen ada dijual di sini.
Ramen adalah makanan mi yang popular di Jepun. Selalunya mi di negara tersebut dihidang dengan pelbagai cara yang meliputi sup, tekstur mi dan juga ditabur dengan pelbagai topping untuk memberi kelainan cita rasa.
Menurut empunya gerai yang dikenali sebagai Jaafar, ramai pengunjung yang selalu mengulang makan di sini kerana teringat-ingat akan ramen yang dijual. Gerai ini mulai beroperasi sejak Oktober 2022 dan semakin ramai peminat pada hari ini.
Ads
Pun begitu, bukan hanya ada ramen yang dijual sini. Pelbagai menu lain yang menarik minat pelanggan turut ada. Misalnya nasi lemak kangkung, oden, roti bakar Milo dan cekodok legend.
“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Ada pelanggan yang datang dari jauh seperti Sungai Buloh dan Petaling Jaya. Malah ada yang datang dari Melaka. Kebanyakan pelanggan yang datang akan repeat lagi selang beberapa hari,” katanya.
Penuh meja!
Antara komen pelanggan yang buat kami gembira adalah sudah lama tak jumpa nasi lemak kangkung macam ni. Rindu zaman dulu-dulu makan nasi lemak kangkung. Ada juga yang kata sambal nasi lemak memang padu. Susah dah sekarang nak jumpa sambal macam ni. Last saya makan sambal sedap macam ni semasa kerja tahun 1990-an dulu. Ada juga pelanggan beri maklum balas oden kami sedap sebab tak berapa pedas. Anak-anak suka makan,” katanya lagi.
Suasana di gerai.
PELBAGAI MENU MENAMBAT RASA
Oden Selambak Udang Beratur
Menu baru. Menggunakan udang segar. Setiap hidangan akan dapat antara empat hingga enam ekor udang bergantung kepada saiz udang. Resipi oden ni diperoleh daripada sahabat yang merupakan seorang chef yang ada food truck di Melaka. Kuah oden ini dimasak selama dua jam dengan 15 rempah pilihan. Jadi menu ini antara pilihan utama pelanggan. Ramen Heaven ada promosi pada setiap Rabu untuk wanita hamil iaitu diskaun 10 peratus untuk menu ini.
Roti Bakar Milo Tabur
Dua keping roti yang ditabur dengan Milo. Kemudian ada homemade coklat cair di atasnya.
Nasi Lemak Ayam Crispy
Ads
Nasi lemak yang disukai oleh pelanggan. Keistimewaannya adalah nasi lemak ini ada ayam goreng yang semestinya rangup. Dihidangkan pula dengan sayur kangkung. Sambal pula ada dua jenis yang boleh pilih sama ada Sambal Pedas Meletup ataupun Sambal Baby.
Paratha Gedik
Menu paratha ini dinamakan Paratha Gedil kerana ada telur goyang di atasnya. Dihidang dengan kuah kari yang melengkapkan cita rasa.
Cekodok Legend
Ads
Cekodok legend nama diberi. Rangup di luar, lembut di dalam. Cecah pula dengan sambal sardin. Selain cekodok legend ada juga cekodok udang dan sosej.
Langgan Rasa
Turut ada menu lain seperti ini.
Nasi lemak sambal paru.Nampak sedap!
“Kepada anda yang tinggal di sekitar Klang, singgahlah ke gerai kami untuk menikmati pelbagai menu menarik yang kami sediakan. Saya gerenti anda takkan menyesal,” ujarnya menutup bicara.
Kali ini RASA nak kongsikan tempat makan yang menyajikan hidangan Terengganu. Antara yang femes sudah semestinya keropok lekor. Lokasinya di GM Klang. Restorannya selesa dan makanan yang dihidang juga sedap.
Kalau makan di restoran Terengganu, tak makan keropok lekor memanglah tak sah. Cubalah keropok lekor di sini. Memang penuh isi ikannya.
Selain keropok lekor, ada juga maggi tomyam yang dimasak dengan makanan laut seperti udang dan sotong. Cita rasa enak yang suka rasa pedas.
Bagi yang suka aiskrim, aiskrim coklat yang dimakan dengan biskut ini boleh menarik perhatian.
Kalau tak nak makan hidangan berat, cubalah snek kepak ayam goreng ni. Best makan panas-panas.
White coffee. Sedap betul!
Restoran ini ada di GM Klang. Boleh cuba di sini kalau rindukan makanan Terengganu ya.
Nak cari menu yang mengenyangkan dan mudah siap waktu sarapan, cubalah kacang pool yang sangat popular di Johor. Bahan asasnyaa kacang, terutamanya kacang parang dan ‘baked beans’
Ada juga resepi menggunakan lebih dari sejenis kacang, dimasukkan juga kacang panggang dan kacang merah, memang lagi ‘terangkat’lah rasanya. Memang betul-betul berkhasiat.
KACANG POOL
BAHAN -BAHAN :
1/2 tin kacang parang (saiz 425 gm)
1/2 tin kacang panggang @baked beans (saiz 425 gm)
400 gm daging kisar
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
Satu biji telur | digoreng
3 sudu minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji limau kasturi – potong dua
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2.Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan
3.Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
4.Selepas itu, masukkan kacang parang dan kacang panggang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika mahu.
5.Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
6.Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
7.Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
8.Boleh dinikmati bersama roti putih.
Kalau berkunjung ke Johor terutamanya Johor Bahru jangan lupa menikmati sajiannya. Kalau min suka singgah di satu kedai makan di Larkin, JB kerana kacang poolnya memang padulah rasanya
Ramadan kian hampir apabila Kelab Darul Ehsan mendahului mengadakan Majlis Pra Rasa ‘Sajian Nostalgia di Restoran Duyung pada 5 Februari 2020 lepas. KDE menjanjikan lebih 100 jenis sajian bakal dihidangkan sepanjang bufet Ramadan tak lama lagi.
Antara sajian mesti cuba adalah Nasi Briani, dengan lauk-lauk seperti Tenggiri Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Kambing & Ayam Bakar, Udang Mentega, Ketam Masam Manis, Sup Campur dan banyak lagi. Antara menu pembuka selera yang menarik aneka kerabu dan salad boleh dinikmati sebelum memulakan lebih berat.
Penggemar dessert, pelbagai aneka manisan tempatan dan barat, bermacam jenis buah-buahan juga ada dihidangkan. Antara yang menarik perhatian adalah Bubur Pulut Hitam,Puding Sagu, Puding Roti dan banyak lagi sambil menikmati Teh Tarik dan menyaksikan persembahan Live Band dari kumpulan ‘Peace Lover Band’ yang menghiburkan anda bersama keluarga atau kawan-kawan sepanjang berbuka puasa.
Sempena dengan majlis pada hari Pra Rasa, KDE menawarkan baucer Buffet Ramadan dengan harga RM49 bersih. Namun pengunjung setia boleh membeli Early Bird Voucher dengan harga RM55.00 bersih seorang dari 15 Februari hingga 24 April. Harga asal buffet adalah RM68.00 bersih jika dibeli selepas 24 April hingga 18 Mei 2020. Pada tiga hari terakhir iaitu pada 19,20, 21 Mei harga kembali pada RM55.00 bersih.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...