
Resipi Ringkas Pencuci Mulut PUDING NASI Cara Hanis Zalikha, Penuh Khasiat & Mudah Buat! Seronok melihat selebriti dan usahawan berjaya, Hanis Zalikha,36 berkongsi video membuat resipi ringkas pencuci mulut Puding Nasi bersama anak perempuannya, Alisa Aisyah,7.
Bukan apa, hubungan erat antara ibu dan anak juga bermula di dapur. Berkongsi saat manis meluangkan masa dengan menyediakan menu hidangan keluarga sekaligus dapat mencipta memori manis bersama.
Hanis menyediakan hidangan menu sihat puncuci mulut, Puding Nasi (Rice Pudding) yang cukup simple, namun penuh berkhasiat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak mana, namun cukup mudah untuk dibuat.
Puding nasi dibuat daripada nasi, susu, dan pemanis seperti gula, sering diperisakan dengan vanila atau kayu manis, dan boleh dihidang panas atau sejuk, sama ada dibakar untuk menghasilkan kerak atau dimakan lembut seperti bubur. Ia merupakan hidangan popular di banyak negara, termasuk Asia (sebagai bubur nasi manis) dan Turki (sebagai Firin Sutlac yang dibakar), serta variasi klasik Barat.
1 cawan Beras (Sushi)
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Madu/ gula
1 sudu kecil Garam
1 batang kecil Kayu Manis
1 sudu kecil Esen Vanilla
Pistachio (Ditumbuk/kisar)
Rose Tea Petals (pilihan)
1. Tumbuk kacang pistachio dalam lesung batu tidak terlalu kasar atau halus.
7. Setelah disejukkan, bolehlah dinikmati dengan pistachio yang ditumbuk kasar tadi dan taburan rose tea petals.
Siap! Selamat Mencuba.
RASA: Memang mudah nak buat dan penuh berkhasiat resipi puding nasi ni. Bagi yang nak rasai keenakan pencuci mulut sihat ini, boleh ikut resipi yang Hanis Zalikha kongsikan ini.
Kredit Video: Hanis Zalikha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: