Puding Buih Tak Bersalah, Ini Punca Sebenar Keracunannya..

Share

Puding buih memang tak bersalah. Pencuci mulut tradisi ini berasal dari negeri Pantai Timur ni  cukup sedap rasanya.. Dah lama orang menikmatinya, tetapi tak pernah lagi berlaku kematian akibatnya.

foto hiasan

Tetapi kejadian keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang berlaku di Terengganu ,sehingga mengakibatkan 99 orang dengan satu kematian mengejutkan orang ramai terutamanya netizen .

RASA menghubungi pensyarah UNITAR, Chef Asma Nordin yang cukup berpengalaman dalam pembuatan puding bertanyakan pandangan beliau mengenai hal ini katanya,” Pencemaran pada telur  yang berlaku sebelum proses memasak hinggalah kepada proses pengendalian makanan selepas memasak adalah punca utamanya.

Kalau nak katakan telur luput atau busuk adalah puncanya adalah kurang tepat. Kerana jika telur busuk atau luput tarikh, tak mungkinlah puding buih itu akan menjadi sebab meringue (putih telur yang dikacau gebu) mustahil boleh dibuat kerana putih dan kuning telurnya sudah bercampur.” 

“Telur apabila telah dipecahkan tidak boleh terdedah terlalu lama kerana ia akan mudah tercemar.  Begitu juga dengan telur yang dah dijadikan meringue. bila puding buih itu sudah siap disediakan tidak boleh dibiarkan terdedah di luar melebihi daripada empat jam, ia juga boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku dan akhirnya terjadi keracunan.

Saya sendiri jika membuat puding menggunakan air suam agar mengelakkan berlakunya pencemaran.”

Ikuti juga pandangan dari Dr Aida Azmi dalam laman web rasminya. Menurutnya kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat.

Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:

📎📌TELUR
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella (*2). Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!

📌TEKNIK PENYEDIAAN
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan ianya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka menggunakan telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan (*2). Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C (*3).

📌SUHU PENYIMPANAN
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C (*4).

💥TEMPOH MASA
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria! (*4).

Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut dan JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan (*1).

Kredit : Food Safety Malaysia
Kredit : Dr.Aida Azmi Official

Sumber Rujukan (*):
(*1) https://www.sinarharian.com.my/…/Mangsa-keracunan-puding-bu…
(*2) https://www.fsis.usda.gov/…/shell-eggs-from-farm-t…/ct_index
(*3) https://www.foodsafety.gov/…/safe-minimum-cooking-temperatu…
(*4) https://www.chilledfood.org/handling-of-chilled-foods-cons…/

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI PUDING BUIH INI :

DAN JUGA VIDEO INI :

 

 

IKLAN