Petua Mudah Simpan Ayam Seketul-Seketul & Tak Melekat

Share

Simpan ayam mentah cara mudah. Wow… Kena cuba ni. Maklumlah, bila hampir ke hujung minggu, ibu-ibu pastinya sudah mula dengan senarai bahan-bahan basah yang perlu dibeli di hari cuti nanti. Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar.

Biasa dibeli seekor atau dua untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Di musim cuti sekolah ini, tentunya lebih banyak memasak untuk hidangan anak-anak. Sibuk tentunya. Jadi kali ini RASA ingin berkongsi petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur iaitu cara mudah untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.

Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian saudari Suzana Zainal yang dikongsi oleh Majalah Mingguan Wanita. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.

SAYA NAK BERKONGSI CARA SAYA SIMPAN AYAM ATAU DAGING ATAU IKAN

 

Cara-caranya:

1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.

2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.

3. Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.

4. Selepas dah beku, ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.

Moga bermanfaat!

 

Dapatkan GREENWIPES DISINFECTING WIPES dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

 

Kredit petua & foto: Suzana Zainal via Mingguan Wanita

 

Dapatkan pelbagai resipi serta petua yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN