Batuk adalah salah satu masalah kesihatan yang sangat membebankan. Apabila kita batuk, banyak urusan rutih seharian yang tergendala. Lagi-lagi zaman pandemik seperti sekarang. Asal batuk sahaja, mesti orang sekeliling pandang kita seolah-olah kita pembawa virus itu.

Melalui blog, Nina Mirza memberikan petua melegakan batuk tanpa perlu ambil ubat batuk. Hanya menggunakan herba yang dinamakan pokok lemuju atau juga dikenali sebagai pokok bangun-bangun.

Daun pokok lemuju jika dimakan begitu sahaja, rasanya berangin seperti mint.

Jom kita lihat resipi membuat air rebusan daun lemuju bagi bantu redakan batuk.

Ads

AIR REBUSAN DAUN LEMUJU

Petua Bantu Legakan Batuk, Minum Air Rebusan Daun Pokok Lemuju

BAHAN-BAHAN
5 helai daun lemuju
4 cawan air

CARA MEMBUAT
1. Basuh bersih dahun lemuju.
2. Dalam periuk, masukkan air dan daun lemuju.
3. Rebus sehingga mendidih.
4. Biarkan sejuk dan minum ketika air rebusan suam.

Ads

Petua Bantu Legakan Batuk, Minum Air Rebusan Daun Pokok Lemuju

Selain direbus daunnya, boleh juga buat seperti di bawah.
1) Ramas daunnya sehingga keluar air. Minum airnya.
2) Carik-carikkan daun lemuju, kemudan rendam dalam air panas. Minum airnya.
3) Kunyah sahaja mentah-mentah.
4) Hiris daun lemuju dan masukkan dalam telur untuk dijadikan telur dadar.

Ads

Petua Bantu Legakan Batuk, Minum Air Rebusan Daun Pokok Lemuju

Sekian. Cubalah. Insya-Allah boleh bantu meningkatkan kesihatan.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sumber: www.ninamirza.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI