
Cara Buat PES ASAM PEDAS Johor Sedap & Pekat, Berguna Ketika Kesuntukan Masa, Jimat Waktu Memasak! Resepi asam pedas ini bermacam cara membuatnya. Orang Negeri Johor dan Melaka memang terkenal dengan rasa asam pedasnya yang sedap, pekat, pedas dan masam secukup rasanya. Cuma nak masak asam pedas ni memang agak renyah caranya. Bahan kisar kena tumis betul-betul sehingga naik bau dan cantik warnanya.
Bagi yang kesuntukan masa dan nak jimat waktu memasak, boleh buat pes asam pedas dulu terlebih awal, bila nak masak tinggal masukkan ikan dan sedikit air je. Memang mudah.
Cuba buat sendiri pes asam pedas sedap ini seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad
ini.Kata Tengku RosElyza cinta hatinya cukup suka dengan masakan asam pedas dari air tangannya. “Kena masak selalu, kalau tak nanti dia mesti akan cakap dah lama sayang tak masak asam pedas. Padahal kita baru masak minggu lepas tau.”
Resepi yang beliau kongsikan ini pedas sampai boleh mengundang linangan air mata.
“Ni asam pedas Johor dari air tangan MekZa. Menu yang wajib ada setiap minggu. Boleh kata Za memang expert masak menu ni.
2 biji bawang merah besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 1/2 inci halia (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
1 senduk penuh cili kering (dikisar)
Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing. Tak letak pun tak apa. Masukkan dalam bahan kisar)
Ikan apa-apa je pun boleh
1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum Bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
1.Panaskan minyak masukkan bahan-bahan kisar tadi, tumis sampai naik bau.
2.Masukkan cili kering kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3.Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu sampai didih.
4.Masukkan bunga kantan / daun kesum.
5.Masak sampi naik bau.
6. Akhir sekali baru masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.
Sebagai Hiasan:
√ Tambah bendi dan tomato.
√ Jika kuat pekat tambahkan dengan sedikit air.
Nampak tak betapa menyelerakan asam pedas air tangan MekZa ni.
Resepi asam pedas power orang Johor yang dikongsikan ini akan hasilkan kuah asam pedas yang padu. Buat mak-mak yang selalu kesuntukan masa tapi dalam masa yang sama nak mencuba resepi ini setiap minggu, boleh cuba cara ini.
Jadikan kuah asam pedas ini dalam bentuk pes. Caranya mudah saja, cuma perlu ikuti cara masak kuah asam pedas seperti yang diterangkan di atas. Tapi sampai langkah ke-5 saja.
Memandangkan asam jawa pekat digunakan, akan dapat kuah yang pekat. Jangan tambahkan air. Nanti sejukkan. Sebaik sejuk boleh masukkan bekas dan bekukan.
Bila nak menikmatinya boleh tumis semula dan masukkan apa-apa jenis ikan, bendi atau tomato. Kalau kuah pekat, tambahkanlah air.
Semoga Bermanfaat!
Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: