Makanan

Resipi “PEPERO POPIA ALMOND STICK” Kudapan Raya Paling Mudah Hanya 3 Bahan, Gulung Guna Straw!

Share

Senang je dan paling mudah nak buat “Pepero Popia Almond Stick” ni, hanya guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.

Boleh cuba resipi Pepero Popia Almond Stick yang dikongsikan oleh Puan Puan Anie Dza ini.

“Done kudapan rayo mudah, murah dan pasti sodap.Today, Settle.”

“Pepero Popia Almond Stick”. Uiiii panjang nama ko ye.#AdaYgPmTepi Saya Tanya kat saya kotlah saya ada resepi mudah. Saya ada nampak resepi ni kat grup mane ntah, tak hengat ni.Okey saya buat dan kongsi kan di sini.Confirm makan nanti, fefeling makan pepero kat Langkawi yang sekotak besar harga RM23 tu.”

Bahan-Bahan:

Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ade yang kulit mudah koyak.
250gram Coklat masakan (saya guna yang bajet-bajet je) ade bajet lebih boleh guna Beryl’s lee
200gram Almond cincang

Okey…3 bahan sahaja nak buat Pepero Popia Almond Stick ni.

Cara Membuat:

1. Sebungkus kulit popia dibelah 4. Kalau ada 40 keping, jadi 160 keping.
2. Almond dipanggang sekejap dalam oven suhu 150°c 10 minit.
3. Gulung kulit popia satu persatu.Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir.Guna straw untuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu.


4. Selepas siap semua, rehatkan kejap dalam peti sejuk untuk keraskan gulungan popia.
5.Selepas itu, goreng gulungan popia sampai agak kekuningan.


6. Selepas digoreng, toskan di atas tisu dapur.Tunggu sejuk kejap.


7. Sementara itu, coklat masakan potong kecil-kecil.Saya kukus je, malas nak double boil bagai. Campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati.Tujuan untuk nampak coklat berkilat.


8. Coklat tadi masuk dalam mug.Sonang nak celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh.Agak-agak yang hujung boleh pegang.


9. Pastu taburkan almond yang dah di panggang tadi.. Pastikan kena dekat celupan coklat.

Haaa.. Ginilah kejadiannya Pepero Popia Almond Stick. Nampak kononnye Pepero Premium.Biarkan sekejap camni.Nanti coklat akan mengeras.Nak nasuk peti sejuk pun boleh dalam 5-10 minit.Pastu masuk bekas kedap udara.

Okey.Siap, tak payah masuk peti sejuk terus simpan dalam balang kuih mak-mak yee.Senang tak??

Info Ekstra!

  • Kalau takde oven boleh sangai/goreng badam tanpa minyak di kuali guna api perlahan. Sentiasa kacau, dah kekuningan boleh angkat.
  • Sebelum celup, tunggu coklat sedikit sejuk dan pastikan gulungan popia dah betul-betul tos minyak atas tisu dapur ye.

RASA: Jadi kalau nak buat biskut raya mudah, boleh buat “Pepero Popia Almond Stick” ni. Senang nak buat dan guna 3 bahan je. Yang penting sedap!

Sumber: Anie Dza

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Published by
Suhaidah Abd Wahab