Dengan tiga bahan utama dalam pekasamnya, Kamarul Asiah Muhamad atau lebih mesra dipanggil Along menghasilkan pekasam yang sangat sedap. Tiga bahan utama itu ialah garam, asam keping atau asam kandis dan beras sangai.
Di bawah jenama De’Imaz, Along menghasilkan tiga jenis pekasam iaitu pekasam daging, pekasam ayam dan pekasam ikan sungai. Ikan yang digunakan adalah ikan loma dan ikam lampam. Produk ini telah berada di pasaran selama dua tahun dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan.
Menurut Along, “Saya menghasilkan pekasam kerana ingin memelihara khazanah orang dulu-dulu agar tidak luput ditelan zaman. Lagipun saya ingin generasi masa kini dan akan datang dapat mengenali produk warisan ini. Saya tak nak suatu hari nanti, mereka tak kenal apa itu pekasam.”
Ads
APA YANG BEST?
Kalau selalu orang kata pekasam ni jenis makanan yang berbau, tapi Pekasam De’Imanz tidak begitu. Keistimewaan produk ini adalah dari segi rasanya yang tidak terlalu masin. Pekasam ini juga tidak berbau kerana ada bau beras yang disangai sehingga kuning menggunakan api yang kecil. Itulah yang menjadikan pekasam ini istimewa.
Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai instant food dan disimpan untuk dimakan ketika tak sempat nak masak lauk lain. Boleh dibawa travel.
Ads
BERAPA LAMA TAHAN?
Kalau disimpan dalam freezer, boleh tahan sehingga lebih enam bulan. Kalau disimpan di luar peti sejuk, boleh tahan dua minggu. Proses pembuatan semuanya dilakukan di rumah. Maknanya pekasam ini dibuat secara homemade.
RESIPI MASAK PEKASAM DAGING PETAI
Ads
BAHAN-BAHAN
1 senduk minyak masak
1 peket pekasam daging De’Imanz
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 labu bawang holand (dihiris)
Segenggam cili padi merah + cili padi hijau (dihiris)
Sedikit petai
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan 1 peket pekasam daging.
3. Masak sehingga agak kering.
4. Masukkan bawang besar, bawang holand, cili padi dan petai. Kacau sehingga garing.
5. Matikan api dan angkat. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam buttermilk. Lauk ini rasanya berlemak. Justeru, eloklah kalau dibuat agak pedas sedikit bagi mengimbangi rasa lemak tersebut.
Rasa lemak itu terbit daripada gabungan sisi cair, susu pekat, mentega dan juga keju yang digunakan. Disebabkan itulah, rasa pedas boleh mengimbangi rasa yang berlemak.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dipotong dadu)
1 biji telur ayam
2 senduk tepung goreng ayam
2 senduk tepung jagung
2 sudu besar mentega (boleh guna marjerin)
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dicencang)
1/2 tin susu cair
2 sudu kecil susu pekat manis
Secubit garam
2 keping keju
1 tangkai cili merah besar (potong serong)
5 tangkai cili padi hijau (potong serong)
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, letakkan dada ayam. Pecahkan telur ayam.
2. Masukkan tepung goreng ayam. Salutkan dada ayam rata-rata. Biar seketika.
3. Panaskan minyak masak. Sebelum masukkan ayam dalam minyak panas, salutkan dahulu dengan tepung jagung. Kemudian baru masukkan ayam dalam minyak panas.
4. Angkat ayam yang telah digoreng. Ketepikan.
5. Ambil kuali lain. Masukkan mentega, daun kari dan bawang putih. Tumis seketika.
6. Kemudian, masukkan susu cair, susu pekat, garam, kepingan keju, cili merah dan cili padi hijau.
7. Kuatkan api. Apabila kuah agak pekat boleh tutup api. Masukkan ayam dan gaul rata. Siap!
Dalam dunia masakan, ada hidangan yang tak pernah hilang pesonanya. Sup Ayam, walau nampak mudah, tetap menjadi sajian kegemaran ramai dari dulu hingga kini. Ia bukan sekadar makanan untuk mengenyangkan, tetapi juga simbol keselesaan, kasih sayang dan kehangatan hidangan rumah.
Bagi ramai orang, Sup Ayam ialah resipi yang penuh memori. Dari bau harum bawang goreng hinggalah rasa lembut ayam yang direbus sempurna, semuanya membawa nostalgia yang menenangkan. Ia hidangan yang mudah, tapi cukup lengkap dari segi aroma, rasa dan nilai khasiatnya.
Untuk menghasilkan Sup Ayam yang betul-betul sedap, asasnya terletak pada bahan kisar dan cara menumis. Walaupun ringkas, langkah ini penting bagi membangkitkan aroma dan rasa yang harmoni.
Sup Ayam yang sempurna tidak hanya bergantung pada ramuan, tetapi juga pada keseimbangan rasa. Lada sulah memberikan sentuhan pedas lembut yang tidak terlalu menonjol, cukup untuk membangkitkan selera. Manakala gabungan sup bunjut, garam dan kiub pati ayam mencipta rasa umami yang mendalam, tidak terlalu masin tapi cukup berperisa.
Kentang pula memainkan peranan penting dalam memberi tekstur pekat semula jadi pada kuah, sementara lobak merah menambah rasa manis semulajadi yang seimbang. Bila kuahnya sudah reneh sempurna, aroma bawang dan halia bergabung dengan wangi daun sup menjadikan hidangan ini begitu menyelerakan.
Sebelum dihidangkan, jangan lupa taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Kombinasi dua bahan ini menambah lapisan rasa; segar dari daun ketumbar dan wangi rangup dari bawang goreng. Malah, sedikit tomato ceri memberi warna cerah dan rasa masam manis yang mencantikkan persembahan.
Hasilnya, semangkuk sup ayam yang bukan sahaja menyedapkan lidah tetapi juga menenangkan hati. Rasanya ringan tapi berperisa, sesuai untuk semua peringkat umur; dari kanak-kanak hingga orang tua.
Sup Ayam ini sangat fleksibel. Ia boleh dihidangkan bersama nasi putih panas, mi kuning, bihun atau roti. Jika mahu versi lebih “isi”, boleh tambahkan cendawan, suhun atau bebola ayam.
Selain sedap, Sup Ayam juga kaya dengan khasiat. Ayam memberi sumber protein, kentang dan lobak merah membekalkan tenaga serta vitamin, manakala halia membantu melancarkan penghadaman. Dengan cara memasak yang tidak menggunakan banyak minyak, hidangan ini sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Sup ayam ialah hidangan yang melambangkan kesederhanaan tetapi penuh makna. Ia tidak memerlukan bahan mahal atau teknik rumit, hanya gabungan bahan asas yang disediakan dengan penuh kasih sayang.
Setiap hirupan kuahnya memberikan rasa puas; lembut, segar dan cukup sempurna. Sama ada untuk makan tengah hari bersama keluarga, menu berbuka puasa, atau hidangan ringan waktu malam, Sup Ayam sentiasa menjadi pilihan yang tak pernah mengecewakan.
Ringkas, berkhasiat dan sentiasa digemari, itulah keindahan sebenar Sup Ayam.
Menu antarabangsa yang Min kongsikan kali ni, memang unik. Sajian inspirasi dari 6 negara dari enam negara iaitu Pakistan, Timur Tengah, Jepun, Mediterranean, Indonesia dan USA. Resipi nombor 6 ,Burger Udang Mediterranean memang luar biasa.
Resipi ni semua diolah semula oleh Ketua Chef Ahmad Nizam Saidin, Chef Ku Iskandar Hafizuddin, Chef Mohd Suhaize Hasim, Chef Azrin Nuruddin, Chef Muhammad Azrin Mustafar dan Chef Rafi’ah Ghazali. Min dah rasa semua sajian ni memang ‘terangkat’ lah. Kreatif betul team Chef di sini.
Korang kena cuba ni…
1. SPICY CHICKEN INFUSED WITH HONEY
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan peha ayam. Perap peha ayam dengan gula, garam dan serbuk perasa. 2. Panggang peha ayam yang siap diperap. 3. Sapukan dengan madu yang telah diperasakan dengan cili api, bawang merah dan bawah putih di atas peha ayam. 4. Letakkan peha ayam di bawah ketuhar pembakar salamander (ketuhar pemanggang) sehingga warna menjadi keperangan. 5. Kemudian gorengkan french fries dalam minyak penuh, gunakan deep fryers. Angkat dan ketepikan. 6. Kemudian rebus pula brokoli, kubis bunga, lobak merah dan asparagus di dalam air panas. 7. Tumiskan bahan-bahan yang telah direbus tadi bersama bawang putih. 8. Hidangkan ayam panggang bersama kentang goreng dan sayuran rebusan tadi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Inspirasi sajian Amerika Syarikat Keistimewaan : Rasa ayam berjus dengan khasiat madu
Info Chef: Terdapat dua jenis ketuhar salamander , satu berupa ‘hand held’ dan yang kedua berbentuk ketuhar. Ia menjanjikan pemanggangan yang menyeluruh dan rata.
2. BEST FRANCE OF LAMB @ LAMB NOISETTE
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Perap rusuk kambing dengan bahan perasa cajun, paprika, daun rosemary, garam dan lada hitam. Kemudian panggang hingga masak. 2. Lenyekkan kentang bersama susu dan mentega sehingga kentang lembut. 3 .Rebus sayur – sayuran yang telah dipotong dan campur bersama sedikit garam dan bawang putih. 4. Hidangan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Inspirasi sajian Perancis Keistimewaan : Daging kambing yang kaya rasa herba berperisa
Info Chef:Gunakan daging bahagian tulang rusuk untuk rasa empuk berjus
3.BAKED CHICKEN BRIYANI PAKISTAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk dikisar:
*Simpan sedikit bahan yang dikisar untuk memasak nasi beriani.
Bahan nasi beriani :
Bahan tumis nasi:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah empat sekawan. 2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan pes tomato dan kacau sehingga rata. 4. Masukkan ayam yang digaul dengan rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. 5. Apabila rempah mula pecah minyak masukkan susu cair dan biarkan mendidih. 6. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Perasakan secukupnya. 7. Angkat ayam sahaja dan susun dalam bekas/tray yang dilapik dengan foil (jika ada) dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 25minit.
Cara masak nasi beriani: 1. Panaskan minyak dan minyak sapi. 2. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga kekuningan dan naik bau. 3. Masukkan kuah ayam briyani dan masak seketika. 4. Masukkan susu cair dan kiub ayam sehingga mendidih seketika. Tutup api. 5. Masukkan beras, air dan bahan tumis ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Apabila api telah naik, buka dan titiskan pewarna kuning 3-4 kali ke dalam nasi. Kacau sedikit. Jangan terlalu lama. 6. Tutup dan biarkan api dalam keadaan “warm” dalam 15-20 minit atau sehingga nasi betul-betul masak.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang dan tumis Jenis masakan : Inspirasi sajian Pakistan Keistimewaan : Nasi beriani ayam panggang beraroma wangi dan kaya rempah ratus
Info Chef: Beras basmathi perlu direndam sekurang-kurangnya 30 minit supaya ia masak lembut dan gebu. Pastikan cawan yang diguna untuk menyukat beras sama dengan menyukat air.
4. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI
BAHAN-BAHAN :
Cara Membuatnya: 1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter. 2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau rata. 3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit. 4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris. 5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu mentega dan bawang putih goreng. 6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan. 7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
5. INDONESIAN LAMB FRIED RICE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali 2. Masukkan kayu manis, daun bay dan bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat. 5. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata sehingga nasi mula kelihatan mengering. 6. Angkat dan sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Kacau goreng Jenis masakan : Inspirasi sajian Indonesia Keistimewaan : Sesuai untuk sarapan, tengahari petang, mahu pun malam
Info Chef : Nasi goreng berempah yang lazat dengan ramuan daging kambing berempah.
6. HOME MADE PRAWN @ CRUSTACEAN MEDITERRANEAN BURGER
Bahan-Bahan:
CARA MEMASAK : 1. Cincang isi udang, daun ketumbar, bawang merah, jeruk lemon dan daun bawang. 2. Gaulkan bahan tersebut bersama serbuk perasa, serbuk cili, garam dan kentang putar sehingga rata. 3. Bentukkan menjadi patty @kepingan bulatan burger 4. Panggang kepingan burger di atas kuali rata @pemanggang bersama roti. 5. Cairkan keju di atas kepingan burger 6. Lapiskan dengan burger bersama salad, tomato dan sos thousand island. 7. Hidangkan burger bersama salad sayur-sayuran.
Saiz hidangan :1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Inspirasi sajian Mediterranean Keistimewaan : Burger udang memenuhi citarasa penggemar makanan laut
Info Chef :Burger udang beri variasi kepada pilihan kepingan burger. Usah dipanggang lama untuk mengelakkan dari menjadi kering dan hilang jus..
TERIMA KASIH : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ,10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.www.pnbperdanaonthepark.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!