Makanan

Pati AIR FANTA HIJAU Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap!

Share

Pati AIR FANTA HIJAU Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap! Bagi memudahkan kerja sewaktu sewaktu bulan puasa mahupun raya, bolehlah sediakan stok pati air siap-siap.Bila tetamu datang, tinggal tambah air dalam pati, letak ais dan boleh terus hidang.Tak lah berebut-rebut dan lambat nak buat air nanti.

Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan pati air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.

Menariknya buat pati ni lebih jimat, sebab sukatan ini boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.

Berikut cara untuk menghasilkan pati Air Fanta Hijau perkongsian daripada Puan Amy Anuar
sebagai panduan;

Pati Air Fanta Jimi Asmara Menari Chacha

“Suka minum air fanta tak? Tapi air fanta tu banyak sangat gas kan? Manis pulak tu. Kalau tambah air kang jadi tak sedap la pulak. Dah bukan air gas namanya.”

“Apa kata buat sendiri je. Manisnya pun boleh ejas. Gasnya pun tak tajam macam fanta dalam botol.”

“Nah KekMi share resepi pati air Fanta Hijau untuk buat stok kat rumah. Kalau ada tetamu datang dah tak payah nak masak air gula lagi dah. Tuang je pati ni tambah air masak letak ais batu. Siap.”

Bahan-Bahan:

3 kg gula pasir
1.5 liter air
330 ml Oren Sunquick (Original sahaja. Botol kecil)
1 botol pewarna hijau apple Star Brand
1 botol perasa pisang Star Brand
*Star Brand je tau. Kalau brand lain tak berapa nak jadi
Daun pandan disimpul

*Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air

Cara Membuat:

1. Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih.
2. Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
3. Masukkan pula pewarna epal hijau.
4. Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang. Jaga-jaga akan ada sedikit percikan sewaktu proses ini.
5. Secubit garam untuk penambah rasa. Tak nak takper.
6. Biarkan sejuk. Hanya tambah air sahaja bila nak minum. Masukkan ketulan ais.

Nota kaki:

  • Boleh add on Asam Boi, Limau Kasturi, Lemon, atau Daun Pudina sebagai penambah rasa. Ikut kreativiti masing masing.
  • Ini adalah pati yang sangat pekat. Memang menggunakan kuantiti gula yang banyak.
  • Kalau bukan pati, satu sudu gula pun dah cukup untuk satu cawan.
    Pati ni boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.

Perasa Lain:

Fanta Merah Ros : Star Brand Cochineal + Ros
Fanta Merah Strawberry : Star Brand Fortuna Red + Strawberry
Fanta Biru Lemon : Star Brand True Blue + Lemon

Kalau yang fanta hijau guna Epal Hijau. Kalau nak perasa lain yang KekMi listkan tu, part masukkan Star Brand Epal Hijau tukar dengan pewarna dan perasa yang KekMi bagi tu.
Maksudnya jangan masukkan Epal Hijau. Just masukkan pewarna yang dalam list je. Esen Pisang tetap kena masukkan untuk naikkan gas semulajadi dia.

Boleh #Share untuk rujukan. Mana tahu nak buat untuk majlis kenduri kawen ke, harijadi ke, bertunang ke kan. Biar air tu lain daripada yang lain.

Selamat mencuba!

RASA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh sediakan stok pati air fanta hijau ni siap-siap. Bukan apa memudahkan kerja sewaktu berbuka dan hari raya nanti. Bila orang datang rumah tinggal tambah air dan ketulan ais je.Boleh terus hidang. Senang!

Sumber: Amy Anuar

Published by
Suhaidah Abd Wahab