Bila tiba musim durian, pasti akan muncul pelbagai menu yang ‘rare’ dan pelik. Pernah atau tidak anda makan durian bersama nasi goreng dan ditambah pula dengan sambal belacan? Kedengaran agak pelik bukan? Tetapi inilah yang dilakukan oleh seorang vlogger percutian, Trevor James yang dikenali sebagai The Food Ranger di Facebook.
Beliau telah berkongsi satu hidangan berbentuk video yang unik iaitu Nasi Goreng Musang King bersama sambal belacan. Hidangan ini dinikmatinya ketika berada di Pulau Pinang. Gerai yang dikunjunginya kali ini adalah Ah Chong Fried Rice di mana kedai ini menawarkan hidangan nasi goreng yang lain daripada yang lain.
Jika dilihat, hanya sebahagian durian Musang King digunakan sebagai perhiasan di dalam nasi goreng tersebut, manakala sebahagian lagi akan digoreng bersama nasi. Nasi tersebut digoreng seperti biasa menggunakan bahan-bahan seperti sos soya, kobis, lobak merah, telur, udang dan lain-lain lagi. Kemudian, nasi goreng tersebut akan dicampurkan dengan durian Musang King itu.
IKLAN
Setelah selesai menggoreng, hidangan itu ditambah lagi dengan durian Musang King sebagai perhiasan dan juga sambal belacan. Menurut kakitangan kedai itu, gabungan rasa manis dan masin itu merupakan satu gabungan yang tepat. Malah menurut James sendiri, beliau sukakan rasa manis daripada durian dan rasa pedas daripada sambal tersebut. Beliau sendiri tidak menyangka bahawa ia merupakan satu kombinasi yang sungguh sedap dan menarik.
IKLAN
Pada pendapat anda, adakah Nasi Goreng Durian Musang King bersama sambal belacan ini merupakan satu gabungan yang tepat? Walau apa pun, ia sebenarnya mengikut tekak masing-masing. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada juga yang tidak menggemari kombinasi makanan ini. Kalau anda pernah cuba, bolehlah kongsi pengalaman dengan kami.
IKLAN
Jika anda memerlukan ELECTRIC PRESSURE COOKER yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
Menjamu dua sajian ‘terlajak’ dari Datin Nur Shahida Mohd Rashid suri hati kepada Datuk Seri Aliff Shukri ,ternyata 2 resepi ‘favorite’ pasangan suami isteri ini memang sungguh sedap. Dua hidangan yang disajikan adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.
Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya. Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:
RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 12
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
5 bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau gula merah secukup rasa
1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
5 sudu makan pes cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit hidup
3 batang serai
3 sm halia
3 smi lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK : 1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama 3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak. 4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm kubis
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam. 2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan. 3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Kacau sebentar dan tutup api. 5. Siap untuk dihidang.
Kini Ribena bukan sahaja dalam perisa Blackcurrant, korang boleh cuba perisa Simply Strawberry yang mengandungi kebaikan Strawberry dari Eropah yang gerenti buat hilang dahaga. Dah nak puasa ni memang kena belilah produk air Ribena ni senang je bancuh terus hidang. Jangan lupa hidang ketika sejuk tau, terus hilang rasa dahaga seharian berpuasa.
Kalau korang jenis yang ambil berat tentang sesuatu kandungan vitamin dalam makanan, Ribena ni pastinya pilihan korang. Dalam Ribena ni kaya dengan vitamin C dan yang paling penting tidak mengandungi pemanis tiruan. Semestinya minuman ni pasti menjadi kegemaran anada sekeluarga tak kira masa dan di mana jua!
BERITA BAIK! Kalau korang nak menang hadiah bekalan kordial Ribena 1 liter selama 3 bulan, boleh sertai pertandingan “The Best Straberry Moments” di Instagram. Cara penyertaan, korang hanya perlu muat naik gambar bertemakan warna merah Strawberry yang paling terbaik di profil Instagram korang berserta dengan hashtag #RibenaSimplyStrawberry dan #SimplyBerryJoyful. Gambar yang paling kreatif pastinya menjadikan peluang untuk menang 1 liter kordial Ribena semakin mudah!
Jadi, korang tunggu apa lagi?? Cepat muat naik gambar terbaik korang dan tuliskan kapsyen kenapa korang kena menang pertandingan ni. Oh! Jangan lupa tag instagram @RibenaMalaysia kalau tak, admin Ribena tak nampaklah posting korang.
Untuk maklumat lanjut boleh ke Instagram ataupun Facebook Ribena Malaysia!
Menu ringkas Daging masak pelembang ni kalau dihidangkan satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Cara penyediannya tidaklah sesusah mana pun hanya bahan-bahannya perlulah lengkap agar rasanya nanti tidak hilang dan sedap untuk dihidangkan bersama keluarga tercinta. Selamat mencuba!
RESIPI DAGING MASAK PELEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging dihiris nipis
1 cawan kicap manis kipas udang
3 batang serai dititik
4 sudu kerisik
BAHAN YANG DI KISAR:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
20 biji cili kering
2 inci halia
1 inci lengkuas
BAHAN TUMIS:
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu mania
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak dalam kuali
2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Biar naik bau sekejap.
3. Masukkan bahan2 yang telah dikisar. Masak seketika.
4. Masukkan daging dan serai yang dititik. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan kicap dan masak seketika.
6. Masukkan kerisik.
7. Masukkan 1 camca kecil garam dan 1/2 sudu makan gula. Rasa dulu la ya. Setengah org suka manis2 sikit. Boleh ejas2 ikut masing.
8. Siap memasak. Boleh lah dihidangkan.