Buntu juga memikirkan menu yang nak dimasak untuk keluarga terutamanya buat ibu-ibu yang bekerja. Balik kerja dah penat. Mestilah nak masak menu yang cepat dan mudah tapi sedap. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya.
Hanya guna pes masakan dari Chef-Ku. Pes serba lengkap, mudah dan lazat ini hadir dalam lima variasi iaitu Pes Nasi Kandar Chef-Ku, Pes Rendang Chef-Ku, Pes Sambal Tumis Chef-Ku, Pes Kari Daging Chef-Ku dan Pes Asam Pedas Chef-Ku.
Menariknya, pes masakan Chef-Ku ini kerana ia tidak mengandungi MSG, bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa tiruan dan dijamin halal oleh JAKIM. Memang asli dan terbaik! Anda mesti cuba nanti.
Ads
Baru-baru ini, @dapoq_pdot telah berkongsi satu menu menarik iaitu Rendang Ayam Utara menggunakan Pes Rendang Chef-Ku. Bila tengok videonya, memang senang sangat nak buat. Tak renyah langsung. Kalau teringin nak makan rendang, bila-bila boleh masak. Tak perlu tunggu raya.
Jom kita lihat resipi Rendang Ayam Utara oleh @dapoq_pdot.
RENDANG AYAM UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (~800g)
1 pek Pes Rendang Chef-Ku
1 mangkuk santan
3 helai daun kunyit | diracik
6 helai daun limau purut | diracik
CARA MEMASAK:
Masukkan Pes Rendang Chef-Ku ke dalam kuali.
Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Kacau hingga sebati. Tutup periuk selama lebih kurang 10 minit.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati. Tunggu sehingga menggelegak.
Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga sebati.
Siap! Sedia untuk dihidang.
Ads
MASAK, SNAP & SHARE
Anda suka memasak dan merakam foto atau video masakan anda? Mungkin ini peluang untuk anda merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,500!
Ads
Jom sertai Rasa Chef-Ku Masak Challenge bersama Chef-Ku. Anda hanya perlu Masak, Snap & Share foto masakan di akaun media sosial anda. Cara penyertaan mudah sahaja. Hanya ikut beberapa langkah mudah di bawah ini:
Masak apa sahaja hidangan menggunakan Pes Chef-Ku pilihan anda.
Rakam foto atau video masakan tersebut berserta produk Pes Chef-Ku yang digunakan.
Muat naik foto atau video di media sosial (Facebook & Instagram) berserta resipi anda di bahagian caption.
Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan resipi yang paling kreatif. Paling penting, pastikan akaun media sosial anda ditetapkan pada tetapan umum. Peraduan bermula 4 Februari sehingga 4 Mac 2022.
Jangan lepaskan peluang ini. Serlahkan bakat memasak anda dengan produk Chef-Ku. Segala kerja di dapur menjadi mudah dan cepat. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dapur adalah ruang paling penting di setiap kediaman. Namun tidak semua mampu memiliki dapur yang luas kerana kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang terhad terutamanya bagi kondominium dan apartment.
Ruang yang terhad ini jika tidak disusun, tentunya akan menjadi lebih padat, sempit dan merimaskan. Tak selesa. Namun jika anda bijak memilih peralatan dan membuat susun atur, ruang yang terhad boleh terlihat lebih luas, kemas dan mendamaikan mata.
Peka akan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, Coway tampil dengan produk terbaharu bernama ‘KECIL’ yang direka khusus buat pasangan muda yang memiliki keluarga kecil, ruang dapur yang sempit dan tiada ruang namun mementingkan gaya moden serta mahukan bekalan air bersih terbaik buat isteri dan anak-anak.
KECIL adalah penulen air digital model terbaharu yang bersaiz kecil dan ringan. Didatangkan dengan kelebaran 7 inci, ‘ultra-slim design’ ini sangat menjimatkan ruang malah rekaannya yang moden dan minimalis memberikan lebih gaya pada ruang dapur anda.
Penulen air KECIL menggunakan teknologi penapisan air secara terus dari paip. Jadi, anda boleh nikmati air pada bila-bila masa sepantas 0 saat. Kalau nak buat air panas pun sama, hanya perlu 3 saat je.
Nak guna pun senang je kerana Penulen air KECIL ni dilengkapi dengan paparan digital bagi memudahkan anda dan keluarga mendapat air bersih tanpa had hanya dengan satu sentuhan. Tekan je, dah hilang dahaga. Mantap…
Lagi power, Penulen air KECIL ni walaupun saiznya kecil, tapi ada macam-macam tetapan suhu. Panas, kurang panas, suam, sejuk dan biasa semua ada. Pilih je. Jadi kalau nak bancuh secawan kopi, nak buat susu anak, memang cepat. Tak perlu masak air guna cerek lagi.
Jika ada anak-anak yang aktif pun tak risau kerana Penulen air KECIL dilengkapi dengan HOT LOCK BUTTON bagi mengelakkan anak kecil terkena air panas.
Kalau sahabat handai atau saudara mara datang ke rumah pun tak perlu dah susah-susah nak beli air mineral dan sejukkan dalam peti sejuk. Hanya tekan Penulen air KECIL Coway, dah boleh hidang minuman sejuk buat tetamu. Mudah kan?
Kini tiada masalah lagi nak pilih penulen air yang menjimatkan ruang dapur anda kerana dengan adanya Penulen air KECIL dari Coway ni, selit dekat ruang sempit pun dah muat. Paling penting, anda sekeluarga dapat menikmati air bersih dan lebih sihat.
Berapa ramai di antara kita yang takut untuk menggunakan produk penambah perisa Monosodium Glutamat (MSG) seperti AJI-NO-MOTO®, dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.
Antara mitos yang selalu kita dengar akibat menggunakan produk ini ialah kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan yang paling ditakuti ianya boleh menyebabkan kanser.
Namun tahukah anda, sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali!
MSG sebenarnya ialah asid glutamik atau glutamat (sejenis asid amino). Glutamat ini boleh didapati secara semulajadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan dan susu.
Malah jika anda nak tahu, badan manusia pun ada menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak. Otot, otak dan organ badan yang lain mengandungi lebih kurang empat paun glutamat.
Paling menarik, susu ibu pun kaya dengan glutamat, iaitu enam kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu!
Jadinya di sini, jangan cepat percaya dengan khabar angin yang belum tentu sahih. Umpama janganlah buang air dalam tempayan jika baru mendengar guruh di langit.
Sebenarnya, penggunaan AJI-NO-MOTO® di dalam makanan adalah lebih baik daripada garam sahaja. Ini kerana ia dapat mengurangkan pengambilan garam atau sodium dalam diet harian. Jika anda nak tahu, AJI-NO-MOTO® mengandungi hanya 12% sodium manakala garam mengandungi 39%. Menarik kan?
Jadi hentikan salah faham tentang mitos penggunaan AJI-NO-MOTO® kerana ia telah digunakan lebih dari 100 tahun dan ia juga merupakan salah satu bahan makanan yang paling selamat dah telah banyak dibuat kajian.
Yang penting, AJI-NO-MOTO® membantu mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Hanya sekadar ditambah sedikit sahaja bagi menambahkan kesedapan rasa dalam masakan dan mampu mengurangkan pengambilan sodium sebanyak 30% hingga 40%.
Masakan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-NO-MOTO®. Ia memberikan rasa ‘umami’ iaitu rasa asas kelima selain daripada manis, masin, masam dan pahit.
Inilah faktanya kerana AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah tulen dan ia dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu melalui proses penapaian dan disahkan halal dari JAKIM.
Jom masak dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® kerana ia membantu menjimatkan masa dan memudahkan kerja masakan anda.
Jadi nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 resipi di bawah boleh membantu anda tentang idea untuk masakan rendah garam yang mudah, sihat dan sedap hanya dengan menambah AJI-NO-MOTO®. Selamat mencuba!
1. AYAM REBUS KUAH TAUCU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam
2 helai daun bay
2 hiris halia
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
Air secukupnya
BAHAN KUAH:
2 sudu makan taucu
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji jus limau nipis
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
5 biji cili padi | hiris
Sedikit lada benggala | dadu halus
1/2 sudu kecil gula jika perlu
1/2 cawan air rebusan ayam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama daun bay, halia, AJI-NO-MOTO® dan garam. Rebus selama 10-15 minit atau hingga isi ayam masak.
2. Angkat dan toskan isi ayam. Simpan 1/2 cawan air rebusan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, masukkan taucu ke dalam kuali.
4. Masukkan juga air rebusan ayam, sos tiram, kicap manis, bawang holland, bawang putih, halia, cili padi dan lada benggala. Masak guna api sederhana hingga kuah sedikit pekat.
5. Perasakan dengan jus limau nipis, AJI-NO-MOTO® serta gula jika perlu. Setelah cukup rasa, padamkan api.
6. Hiris isi ayam yang telah direbus tadi dan tuang kuah taucu. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 46% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
2. BERLADO TEMPE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | dipotong dan digoreng
2 paket tempe | dipotong dan digoreng
300gm cili hijau
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 biji buah tomato hijau | ditumbuk
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
100gm minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar. 2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak. 3. Selepas itu masukkan tomato, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau sebati 4. Masukkan tempe dan tauhu. Gaul hingga rata. 5. Sedia dinikmati.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
3. KERABU SEAFOOD THAI
BAHAN-BAHAN:
200gm udang | buang kulit
200gm sotong | buang kulit & hiris bulat
50gm suhun | rendam, celur dan tos
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan kepingan cili kering
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula perang
BAHAN HIRIS:
3 batang serai
4 helai daun limau purut
1 biji tomato
1/2 cawan daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Campurkan sotong dan udang yang dibersihkan, gaulkan dengan jus limau.
2. Bersihkan, dan celur sekejap lebih kurang 1-2 minit dalam air mendidih.
3. Angkat dan tos.
4. Masukkan bahan seafood suhun yang telah dicelur bersama bahan hirisan lain.
5. Tambahkan sos cili Thai, kepingan cili, AJI-NO-MOTO®, gula perang, jus limau nipis dan garam.
6. Gaul rata, Salad sedia dihidangkan.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 13% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
4. SUP BEBOLA IKAN, LEEK & CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN
300gm bebola ikan
1 batang leek | hiris
150gm cendawan tiram | carik
Sedikit suhun | rendam
3 ulas bawang putih | tumbuk
5 biji bawang merah | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
4-5 biji cili padi | titik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk, renehkan guna api sederhana.
2. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih dan cili padi.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola ikan, leek dan cendawan tiram. Biarkan mereneh hingga bebola ikan timbul.
4. Masukkan suhun dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
5. DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato | potong dadu
1 batang serai |ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah. Ketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum. 4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, sedikit garam dan gula jika perlu. 5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging. 6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.
Penggemar kacang mesti sukakan resipi ni, kalau dulu suka buat yang rebus juga yang pedas. Boleh olah resipi ini menjadi versi manis juga. Nampak menarik, rangup walaupun bersira. Perkongsian dari Zana Mokhtar boleh jadi panduan buat yang ingin mencuba.
Umum tahu khasiat kacang kuda memang banyak untuk kesihatan kita. Berikut maklumat pemakanan untuk kacang kuda.
Khasiat kacang kuda kepada kesihatan
Secawan kacang kuda yang telah dimasak mengandungi
269 kalori
45 gram karbohidrat
15 gram protein
13 gram serat
4 gram lemak
0 gram kolesterol
Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, kacang kuda mengandungi vitamin K, folat, fosforus,zink, manganese, choline dan selenium.
Khasiat kacang kuda kepada kesihatan memang banyak. Akan tetapi anda haruslah tidak mengambilnya secara berlebihan untuk mengelak kesan sampingan kepada kesihatan. Pelbagai resipi terdapat di internet yang boleh anda amalkan bagi dimasukkan dalam diet anda. Sekiranya anda mempunyai alahan pada kekacang, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk rujukan supaya tiada perkara buruk berlaku.
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR? BOLEH LIHAT DI SINI.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.