Ads

Milo Crackers 3 Bahan, Kos Minima Rasa Maksima Sedapnya

Untitled design (30)

Sekarang ni min tengok dah banyak resipi biskut yang senang-senang dan ringkas sahaja bahan-bahan ramuannya. Kalau dulu ada kek Milo ringkas, rupanya biskut Milo tiga bahan pun dah ada.

Milo Crackers 3 Bahan, Kos Minima Rasa Maksima Sedapnya

Jom semak perkongsian resipi dari dapurkakekin ni.

Ads

MILO CRACKERS

Milo Crackers 3 Bahan, Kos Minima Rasa Maksima Sedapnya

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek biskut Marie
  • 1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
  • 1/2 cawan Milo atau serbuk koko atau Vico/ Ovaltine

*Boleh salut dengan coklat rice atau nestum, kacang tumbuk dan sebagainya

Ads

CARA MEMBUATNYA :
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.

Selamat mencuba!

kredit: dapurkakekin

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Lagi Sedap, Wangi & Gebu. Ini Rahsia Beras Wangi SAJI...

Beras Wangi SAJI Aroma adalah rahsia nasi lebih wangi, gebu dan sedap. Ketahui kelebihan, cara memasak dan kisah di sebalik popularitinya di Malaysia.