Bulan puasa ni dapat masak menu kesukaan yang dah lama kita idamkan pun best. Contohnya ikan patin bakar. Makan pula dengan nasi panas-panas, tak usah lauk lain mengadam lauk itu pun dah cukup.
Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Episod 11 ini jom kita tengok pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza menyediakan dua menu berbuka, ikan patin bakar dan sagu jagung.
Menurut Memey, Ikan Bakar Patin menjadi kesukaan suaminya. Manakala sebagai pemanis mulut Memey menyediakan Sagu Jagung yang menjadi kegemarannya.
Rancak episod kali ini apabila Abby Abadi turut dijemput untuk berbuka puasa bersama.
IKAN PATIN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan patin saiz sederhana (dicuci bersih, dipotong tiga dan dilumur garam)
1 biji bawang besar (dikisar)
6 batang cili merah besar (kisar)
7 biji cili kecil(kisar)
IKLAN
2 inci kunyit hidup (kisar)
2 sudu besar tempoyak
1 sudu besar gula pasir (kisar)
1 biji tomato (kisar)
Kiub knorr ikan bilis
Maggi secukup rasa
Cara-cara:
Dalam balutan foil, letak ikan patin bersama bahan kisar.
Panaskan kuali. letak sedikit minyak, letak ikan dan bakar.
Balik-balikkan ikan supaya masak rata kedua-dua bahagian.
Setelah masak, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidang.
SAGU JAGUNG
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
Sagu
Pewarna makanan merah
2 helai daun pandan
1 tin jagung
Susu cair
Cara-cara:
Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.
Masukkan pewarna merah .
Kemudian masukkan ke dalam bekas dessert.
Letakkan susu cair yang sudah dimasak .
Akhir sekali letak jagung untuk menambah perisa.
IKLAN
Air Tulen, Bersih dan Segar Dari LG PuriCare™
Minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan tenaga kepada badan. Tetapi dalam bulan puasa, lebih kurang 13 jam tubuh tidak mendapat air diwaktu siang hari. Jadi ketika berbuka ramai akan minum pelbagai jenis air khususnya yang manis-manis belaka. Jadi untuk memberikan kesimbangan kepada tubuh, kita perlu minum air kosong yang tulen, bersih dan segar selepas berbuka.
Tidak sukar mana kerana kita boleh bawakan minuman ini ke dalam rumah dan boleh diminum atau digunakan untuk memasak dan sebagainya. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD sangat mudah dikendalikan. Mudah dipasang dan tidak menggunakan banyak ruang.
Ia juga mempunyai Aplikasi LG ThinQ™ berfungsi untuk memantau penggunaan air dan menggunakan mod Diagnosis untuk mengesan sebarang kesalahan produk. Jadi air dari mesin ini sentiasa mempunyai tahap ketulenan, kebersihan yang kesegaran yang berkualiti.
Ia juga dilengkapi dengan Alert Change Filter, di mana pengguna dapat memantau keadaan penapis pembersih air dengan mudah melalui lampu indikasi untuk memastikan prestasi sentiasa dioptimumkan. Jadi kita tidak perlu risau dengan tahap kebersihan air yang kita minum atau memasak setiap hari.
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Best sangat tonton keletah Hisyam Hamid bersama Chef Wan dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan yang dibawakan khas oleh produk Saji. Program yang berlangsung sepanjang bulan puasa ini menampilkan pelakon yang berasal dari Kota Singa itu sebagai salah seorang selebriti yang dijemput khas oleh Chef Wan untuk sama-sama mengimbau memori ketika menyambut Ramadan.
“Hidangan berpuasa yang dimasakkan oleh Chef Wan adalah hidangan Pantai Timur. Saya tahu masakan orang Pantai Timur memang cukup lengkap dengan cita rasanya. Nasi Ulam memang antara hidangan istimewa yang saya suka. Lompat Tikam pula memang terkenal sebagai pemanis mulut orang Kelantan. Saya tahu rasanya manis sebab kuih Kelantan memang manis-manis.”
Pada episod ketiga rancangan ini, Chef Wan membantu Hisyam memasak dua resipi yang menjadi kegemaran Hisyam. Nak dapatkan resipinya?
NASI ULAM
BAHAN-BAHAN
2 kg nasi
3 sudu besar sambal belacan
1 biji telur masin (hancurkan)
6 labu bawang merah (hiris nipis)
1/2 inci halia muda (hiris nipis)
1 kuntum bunga kantan (hiris nipis)
30 gram pucuk selom (racik halus)
30 gram daun kaduk (racik halus)
30 gram ulam raja (racik halus)
30 gram daun kesum (racik halus)
3 helai daun kunyit (racik halus)
2 batang serai (hiris nipis)
55 gram ikan kurau (goreng dan tumbuk lumat)
2 ekor ikan tenggiri (panggang dan racik isinya)
125 gram kelapa parut (goreng tanpa minyak, tambah 1 sudu besar dan tumbuk jadikan kerisik)
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
CARA MEMBUAT
Satukan semua bahan dalam bekas, gaul sebati dan hidangkan segera.
KUIH LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN PANDAN
3 cawan tepung beras
10 helai daun pandan (hiris dan kisar bersama 1 cawan air. Tapis)
10 cawan air
CARA PENYEDIAAN BAHAN PANDAN
1. Campur semua bahan di atas. Biarkan mendidih. Kacau sehingga pekat.
2. Kacau lagi sehingga adunan menjadi ringan.
3. Tuang adunan ke dalam bekas lain dan ketepikan. Biarkan sejuk.
BAHAN SANTAN
2 biji kelapa (dapatkan 5 cawan santan)
2 sudu besar tepung beras
2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
1. Campur semua bahan dan didihkan dengan api kecil.
2. Tunggu lima minit dan tuangkan adunan ke dalam bekas yang berisi Bahan Pandan tadi.
3. Biarkan sejuk.
BAHAN SIRAP GULA MELAKA
2 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
1 bekas air
CARA MEMBUAT
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga gula melaka hancur. Tapiskan.
2. Panaskan atas api sehingga mendidih dan sirap menjadi pekat.
CARA PENYEDIAAN
1. Cedok adunan pandan dan santan. Masukkan dalam bekas kecil.
2. Tuangkan siap gula melaka.
3. Sedia dihidang.
Rancangan Rasa Instafamous episod ke 13 kali ini menampilkan Ezal Ezlizan sebagai tetamu undangan. Berketerampilan dan berpewatakan menarik, siapa sangka jejaka ini seorang yang pandai memasak.
Ditanya mengenai permulaan penglibatan beliau dalam bidang masakan, menurut Ezal, bukanlah suatu yang asing baginya. Ini kerana Ezal sudah mula belajar memasak sejak berusia 9 tahun lagi.
Sejak dari umur 9-10 tahun, saya sudah mula belajar memasak. Ini kerana pada waktu iatu, mak dan ayah bekerja. Jadi kalau terasa nak makan apa-apa, cubalah buat sendiri. Pada mulanya, memang taka da minat langsung. Tapi bila dah cuba, minat tu datang secara sendiri, ujar Ezal.
INSPIRASI DARI ORANG TUA
Ezal bertuah kerana dikelilingi oleh kaum keluarga yang sememangnya handal dalam bidang masakan. Ibunya merupakan seorang tukang masak yang handal manakala neneknya juga mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Maka tidak hairanlah jika Ezal mewarisi bakat dan kebolehan dalam menghasilkan sajian-sajian yang enak ini.
Pendedahan dalam bidang kulinari ni secara ‘formal’ memang tiada. Ini kerana saya banyak belajar dari mak dan tok secara ‘direct’. Contohnya jika teringin nak makan gulai, saya akan bertanya pada tok akan cara-caranya. Jadi dari situ saya belajar teknik dan cara memasak hidangan yang enak dan lazat, tambah Ezal lagi.
Jika anak muda seusianya lebih gemar makan di kedai atau restoran, Ezal amat bertuah kerana memiliki kemahiran untuk memasak. Antara jenis masakan yang menjadi pilihan beliau ialah masakan tradisional seperti lauk pauk Melayu yang senang dan cepat dimasak dan mudah untuk dihasilkan terutamanya bila pulang dari pejabat.
Terasa nak cuba masakan Ezal Ezlizan? Istimewa buat semua, dalam Rasa Instafamous kali ini, Ezal telah berkongsi tiga resipi kegemaran beliau yang tentunya sangat sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Selamat mencuba!
1. KERABU THAI / SOMTHAM
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
5 biji limau nipis
5 biji cili padi
50g udang kering
50g ikan bilis
30g kacang tanah
1 biji betik muda
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 batang lobak merah
1 ikat kacang panjang
1 biji timun
100g salad
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar kicap masin thai / nampla
CARA MEMASAK:
Goreng kacang dan ikan bilis terlebih dahulu.
Sagat betik muda dan mangga muda.
Tumbuk bawang putih, cili padi, udang kering, ikan bilis, kacang tanah, tomato, kacang panjang secara separa hancur.
Masukkan garam, gula, nampla/sos ikan dan air limau nipis.
Gaulkan dan masukkan betik, mangga, lobak merah dan tumbuk sebati.
Hidangkan dengan daun salad, timun, kacang panjang dan pelbagai jenis ulan kesukaan.
Sedia untuk dihidang.
2. KARI KEPALA IKAN UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor kepala ikan merah
3 bungkus kecil serbuk kari
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 tangkai daun kari
3 keping asam keping
2 ketul kiub pati ayam
4 sudu besar minyak masak
1 cawan air
2 biji tomato
2 biji cili besar merah
2 biji cili besar hijau
5 batang sayur bendi
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tunis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk.
Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari, asam keping, kiub pati ayam, dan garam.
Masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
Masukkan bendi, cili merah, cili hijau serta tomato.
Sedia untuk dihidang.
3. PULUT PISANG SIRA
BAHAN-BAHAN:
½ kg beras pulut
1kg santan
3 helai daun pandan
10 biji pisang emas
3 ketul gula Melaka
4 sudu makan gula
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Cuci dan rendam beras pulut terlebih dahulu.
Kukus beras pulut bersama santan dan sedikit garam hingga masak.
Dalam satu periuk lain, masukkan santan, gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
Masak sehingga sebati dan masukkan pisang emas yang telah dibelah dua.
Biarkan mendidih.
Sedia untuk dihidang bersama pulut.
MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA
Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.
Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.
Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tv nya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.
Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.
Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.
Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam
4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.
CUCUR UDANG Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air
Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.